Mudahkan Kehidupan Kamu Dengan Telefon Pintar Terkini! - Page 2 of 4 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
mudahkan-kehidupan-kamu-dengan-telefon-pintar-terkini

Mudahkan Kehidupan Kamu Dengan Telefon Pintar Terkini!

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse
  • Telefon pintar adalah alat perhubungan kamu dengan the girls. Jika kalian berjauha, bolehlah video call atau berkomunikasi dengan aplikasi Wechat, WhatsApp atau Skype. Siapa kata kamu tak tak boleh video call dengan the girls jika rindu sesi gosip bersama. Oops…

 

  • Tak sah jika tak swafoto ketika hang out atau merakam momen terindah bersama teman. Cosmo yakin peranti pintar Xiaomi Mi A2 dan Mi A2 Lite menawarkan pencahayaan terbaik bagi memberi pengalaman baru dalam hasil swafoto yang dilengkapi teknologi Artificial Intelligence (A.I) .

 

  • Kamera smartphone bukan untuk mengambil selfie saja, ia juga boleh mengimbas kod QR untuk membuat pembayaran lebih mudah.

 

  • Tak perlu beratur panjang untuk bayar bil. Dengan adanya peranti pintar,ia memberi pengalaman baru dan memudahkan urusan kamu. Antara kelebihannya; menerima bil secara dalam talian, kemudahan membayar bil untuk diri sendiri atau orang lain menggunakan pelbagai akaun perbankan internet. Tidak perlu bersusah untuk beratur atau mencari tempat letak kereta untuk bayar bil. Yahoo!

 

  • Percayalah, masih ada lagi di antara kamu yang tidak tahu mengira tarikh haid dan lupa tarikh haid yang akan datang. Bila terjadi perkara ini, mulalah tak bersedia dengan tuala wanita dalam tas tangan. Jadi muat turun kalendar haid yang pasti akan membantu kamu!

 

  • Kenapa perlu beratkan tas tangan dan bawa buku nota ke mana-mana? Lebih cemas bila tertinggal buku nota atau hilang jika terdapat nota penting di dalamnya. Catit apa saja seperti membeli barangan keperluan dan pelbagai nota peribadi dalam Notes.

 

  • Jika kamu muat turun aplikasi khas untuk menunjukkan carta pembayaran, pasti bajet kewangan seperti keluaran untuk pembayaran bil lebih jelas dan terancang. Perbelanjaan, simpanan dan pelaburan pun boleh dikawal hanya melalui telefon pintar.

 

  • Kepada semua wanita, keselamatan adalah kebimbangan nombor satu. Muat turun aplikasi MyDistress, ia menghubungkan kamu dengan pihak polis sebaik saja menekan butang SOS. Ia akan menunjukkan lokasi dan menghantar mesej kepada pihak berkuasa.

 

                                                                                           

Gambar diambil menggunakan telefon pintar Mi A2 terbaru Xiaomi.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist