MTV Video Music Awards 2018 - Mana Satu Video Of The Year Pilihan Kamu?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo-Sept-MK0918-Cover-Camila-Cabelo-FINAL

MTV Video Music Awards 2018 – Mana Satu Video Of The Year Pilihan Kamu?

MTV Video Music Awards 2018 akan berlangsung 20 Ogos ini dan bersiaran di Radio City Music Hall, New York City.

Pencalonan tahun ini menyaksikan Cardi B mengungguli dengan 10 pencalonan termasuk untuk kategori Artist of the Year, Best New Artist dan Best Hip Hop Song. Dalam banyak-banyak katgeori, Video Of The Year adalah yang paling dikejar oleh penyanyi di Hollywood, kategori utama yang sangat sinonim dengan anugerah ini.

Kali pertama ia dipersembahkan ialah pada tahun 1984 yang dimenangi oleh kumpulan The Cars dengan lagu You Might Think. Antara penerima lain termasuk Rihanna (Umbrella dan We Found Love), Beyonce (Single Ladies dan Formation), Missy Elliot (Work It), Lady Gaga (Bad Romance), dan Miley Cyrus (Wrecking Ball).

Tahun ini menampilkan lima calon yang kesemuanya menghiburkan iaitu Camila CabelloHavanaThe CartersApeshitChildish GambinoThis Is AmericaDrakeGod's PlanAriana GrandeNo Tears Left to Cry dan  Bruno Mars/Cardi BFinesse. Video manakah menjadi pilihan kamu? Cosmo tampilkan kesemua video dan kamu sendiri nilaikan.

5 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Drake – God’s Plan

Dirakam pada 5 Februari 2018 dan dilancarkan sehari selepas itu, video ini menjalani penggambaran di Miami Senior High School di West Flagler. Drake juga mendermakan lebih 175,000 dolar ketika merakamkan video kepada penduduk di sekitar Miami. Ia lebih kepada dedikasi Drake kepada penduduk di situ yang lebih kasual seperti sebuah dokumentari ataupun jurnal.

Skor: 7.5/10

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness