Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Movie Marathon Bersama TV9 Raya Ini

Untuk kamu yang lebih suka relaks dan menonton televisyen di rumah pada Aidilfitri, TV9 menyajikan filem-filem menarik sepanjang Hari Raya ini. Berikut ialah segmen Blockbuster Raya TV9 untuk tontonan kamu. Jangan lupa popcorn juga sediakan bantal dan selimut di depan televisyen.

G.I JOE – THE RISE OF COBRA

Pelakon: Chaning Tatum, Christopher Eccleston, Dennis Quaid, Sienna Miller

Raya Pertama, 8.30 malam

G.I Joe sekumpulan askar elit yang menjalankan pelbagai misi di seluruh dunia dilengkapi teknologi terkini dalam ketenteraan dan perisikan. Pasukan G.I Joe perlu menyelesaikan misi terbaharu mereka iaitu Gen. Hawk dan Duke bersama rakan-rakan lain perlu menghalang Destro, penjahat yang dikhuatiri akan cuba menawan dunia dengan nanomites yang dinaungi oleh organisasi Cobra.

HARRY POTTER & THE DEATHLY HALLOWS – PART I

Pelakon: Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, Ralph Fiennes

Raya Kedua, 8.30 malam

Bahagian pertama ini mengisahkan perjalanan Harry, Ron dan Hermione mencari Horcrux Voldemort yang telah dipisahkan daripada badannya yang telah disembunyikan tanpa diketahui sesiapa. Jika ketiga-tiga mereka tidak berjaya untuk mengesan dan memusnahkan Horcrux itu, Voldemort akan kekal abadi dan terus berkuasa.

harry-potter-deathly-hallows-part-2

 

HARRY POTTER & THE DEATHLY HALLOWS – PART II

Pelakon: Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, Ralph Fiennes

Raya Ketiga, 8.30 malam

Bahagian kedua ini memaparkan pertempuran akhir yang paling ditakuti di mana kuasa baik dan jahat dalam dunia ahli sihir akan berperang sesama sendiri. Tiada siapa yang boleh terselamat, hanya dengan pengorbanan Harry Potter yang semakin hampir menemui kuasa jahat Voldemort dapat menghentikan pertempuran terakhir ini.

Hotel-Transylvania-Poster

HOTEL TRANSYLVANIA

Pelakon Suara: Adam Sandler, Kevin James, Andy Samberg

Raya Keempat, 8.30 malam

Dracula, pengusaha sebuah resort lima bintang jauh daripada kehidupan manusia mula resah apabila tanpa sengaja seorang budak lelaki telah mengetahui kewujudan resortnya itu dan mula jatuh cinta dengan anak perempuannya.

superman returns

SUPERMAN RETURNS

Pelakon: Brandon Routh, Kate Bosworth, James Marsden, Kevin Spacey

Raya Kelima, 8.30 malam

Setelah sekian lama Superman menghilangkan diri dan tinggal di tempat asalnya Planet Krypton, Superman kembali ke Metropolis dan menyedari dunia tidak memerlukannya lagi. Lois, kekasihnya juga telah bersama dengan seorang hartawan Richard White setelah dia meninggalkannya. Akhirnya Superman dapat menerima kenyataan dia tidak diperlukan lagi, namun terpaksa pula berdepan dengan musuh lamanya, Lex Luthor yang cuba mengambil kesempatan akan ketiadaan penyelamat dunia, Superman, untuk melakukan kemusnahan dan mengambil kembali apa yang pernah hilang dalam hidupnya.

 

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness