Mood Swing Di Waktu Pagi? Ini Penawarnya - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Mood Swing Di Waktu Pagi? Ini Penawarnya

Mood Swing Di Waktu Pagi? Ini Penawarnya

Kamu pasti pernah bangun pagi dan cranky tak tentu hala, kan? Mungkin kerana kamu belum hirup secawan kopi atau belum isi perut lagi. Sejauh mana kebenarannya?

Mood Swing Di Waktu Pagi? Ini Penawarnya

Foto: Shutterstock.com

Walau kamu bukan seorang morning person, ia bukan alasan untuk kamu bangun pagi dengan perangai moody, cranky serta grumpy. Tidak perlu jadi seperti itu jika kamu tahu alasan sebenar di sebalik mood swing kamu dan bagaimana untuk ubahnya kepada sesuatu yang lebih positif.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

SALAH TIDUR

Apabila badan sengal-sengal ketika bangun tidur, ia sekali gus membuat kamu mood swing. Hakikatnya ramai tidak sedar mereka sering ‘salah tidur’. Kamu tidur enam hingga lapan jam di atas katil setiap malam, jadi amat penting untuk miliki tilam yang baik dan memberi sokongan kepada tubuh, bantal yang tidak menolak leher kepada posisi canggung dan untuk tidur dalam posisi yang betul sepanjang malam.

Tidur mengiring akan berikan tekanan kepada sendi pinggul di mana ia boleh menyebabkan kesakitan pada waktu pagi. Tidur dengan bantal yang terlalu menolak leher kamu kepada posisi terlalu condong daripada dada dan bahu boleh menyebabkan kamu rasa sakit sendi.

Cara terbaik untuk elakkan perkara ini adalah dengan menggunakan bantal yang lembut jika kamu mengalami kesakitan pada leher. Ia membuatkan posisi leher lebih rendah dan menegak – posisi semula jadi yang seharusnya selari dengan tulang belakang. Tidur menegak adalah posisi terbaik untuk tulang belakang kamu. Buat kamu yang sering mengetap gigi ketika tidur, berjumpalah dengan doktor gigi untuk rawatan agar rahang kamu dalam posisi relaks ketika tidur.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor