Model Of The Year 2017 - Kaia Gerber, Gigi Ataupun Bella Hadid?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Model Of The Year 2017 – Kaia Gerber, Gigi Atau Bella Hadid?

Gigi Hadid sekali lagi tercalon di British Fashion Awards 2017 untuk kategori Model Of The Year, bersaing hebat dengan adiknya, Bella Hadid, Kaia Gerber, Winnie Harlow dan Adwoa Aboah.

Tahun 2016 menyaksikan Gigi mengungguli trofi itu dan tahun ini menampilkan muka baru seperti Kaia Gerber (anak supermodel Cindy Crawford, so girl you better watch out!) dan Winnie serta Adwoa. Anugerah tahunan itu yang berkolaborasi dengan Swarovski akan diadakan di Royal Albert Hall, London pada 4 Disember nanti.

Antara kategori lain yang akan dipertandingkan termasuk British Emerging Talent – Menswear, British Emerging Talent – Womenswear, Business Leader, Urban Luxe Brand, Accessories Designer of the Year, British Designer of the Year – Menswear, British Designer of the Year – Womenswear dan Designer of the Year. Kesemua calon dipilih selepas dinilai daripada ratusan calon lain seluruh dunia.

Okey, lupakan seketika siapakah calon bagi kategori lain dan Cosmo mahu kamu sendiri meneka dan menilai siapakah yang layak memegang trofi Model Of The Year tahun ini? Sebagai rekod, trofi itu pernah dimenangi oleh Kate Moss, Jourdun Dunn dan Cara Delevingne sebanyak dua kali. Manakala pemenang lain termasuklah Erin O’Connor, Agyness Deyn, Georgia May Jagger dan Lara Stone.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kaia Gerber

Calon paling muda pernah tersenarai sepanjang anugerah ini berlansung. Kaia, 16, antara model front row paling meyerlah tahun ini. Fresh from the oven, Kaia memulakan karier peragaan beberapa hari selepas hari jadinya yang ke-16 dan terus mencuri tumpuan ketika minggu fesyen September lalu. Dia juga berjaya menempah peragaan bersama jenama besar seperti Calvin Klein, Miu Miu, Burberry, Versace, Chanel dan Alexander Wang.

 

PROFIL

Nama Penuh: Kaia Jordan Gerber
Asal: Los Angeles
Tarikh Lahir: 3 September 2001
Ketinggian: 175 cm

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness