Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Mizz Nina Pilih Produk Organik

Mizz Nina dilantik sebagai duta produk kecantikkan Adania, produk keluaran Amaryllis Wellness Sdn Bhd (Amaryllis). Pemilihan itu dibuat kerana karisma dan perwatakan menarik yang dimiliki Mizz Nina bersesuaian dengan produk kecantikan Adania.

#AdaniaXMizzNina 1

Mizz Nina mengakui sangat berpuas hati dengan kesan positif yang dihasilkan Adania terhadap penjagaan kulit mukanya. Adania adalah sangat mudah untuk digunakan dan merangkumi penjagaan kulit muka dan badan.

Adania sesuai untuk semua jenis kulit, perempuan mahupun lelaki, dan memberi kesan positif kepada penggunanya agar mereka berasa yakin dan selesa dengan diri mereka sendiri. Oleh sebab itu, Adania mahu mereka merasai sendiri kebaikan produk organik terbaik Malaysia yang mempunyai haruman spa melalui produk Adania.

“Adania menawarkan rawatan kecantikan mewah untuk kulit berseri dan tampak lebih muda di rumah anda sendiri. Setiap ciptaan produk adalah hasil campuran bahan-bahan semulajadi berkualiti tinggi yang membawakan aroma spa indah dan ekstrak botani. Produk ciptaan tangan kami sendiri ini telah melalui masa yang lama untuk dihasilkan melalui carian bahan-bahan terbaik dan paling berharga. Keberkesanan Adania sebagai produk kecantikan terbukti melalui pemilihan bahan-bahan organik yang eksklusif dan campuran formula semulajadi yang mantap untuk menawarkan anda hasil kecantikan optimum melalui produk kami,” ujar Pn Ain Nadya Yusoff, pengasas Amaryllis Wellness Sdn Bhd.

Amaryllis Wellness Sdn Bhd ialah sebuah syarikat yang menawarkan rawatan dan produk kecantikan dan kesihatan. Ditubuhkan pada 2010, Amaryllis Group adalah di antara syarikat yang berdaya saing dan maju dalam industri kecantikan dan spa di Malaysia. Amaryllis Wellness bermula sebagai sebuah spa kecantikan yang membawa kepada kelahiran produk organik, Adania. Menawarkan hanya produk dan servis semulajadi dan organik kepada pengguna.

Dalam perkembangan terbaru, Mizz Nina bakal memasarkan jenama pakaiannya yang baru dilancarkan awal tahun lalu iaitu Sawdaa, pakaian muslimah yang lebih edgy di zalora.com.my. Mizz Nina juga kini sedang sibuk dengan projek dakwahnya dan juga duta kepada Into Taqwa. Program Into Taqwa disiarkan di TV Alhijrah bagi penyembuhan rohani.

Artikel / Foto: @curlyjow

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness