Miss Universe 2018 - 5 Trivia Menarik Tentang Catriona Gray
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Miss Universe 2018 – 5 Trivia Menarik Tentang Catriona Gray

Catriona Gray, 24, dari Filipina dinobatkan sebagai Miss Universe 2018 menewaskan peserta-peserta lain dari 93 negara. Kemenangan Catriona menjadikannya peserta keempat dari negara itu yang membawa pulang tiara kejuaraan.

Acara yang berlangsung di Bangkok, Thailand itu menyaksikan tempat kedua milik peserta dari Afrika Selatan, Demi Leigh Nel-Peters dan peserta dari Venezuela, Sthefany Gutiérrez, di tempat ketiga. Steve Harvey sekali lagi dilantik sebagai hos acara bersama Ashley Graham. Selain Catriona, peringkat Top 5 menampilkan peserta dari Vietnam (H’Hen Nie), Kanada (Marta Magdalena Stepien), Afrika Selatan (Tamaryn Green) dan Venezuela (Sthefany Gutiérrez).

Sempena kemenangan Catriona, Cosmo kongsikan trivia menarik mengenainya. Check them out

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Catriona berdarah campuran Scotland – Filipina. Ayahnya, Ian Gray berasal dari Scotland dan ibunya, Normita Magnayon adalah warganegara Filipina. Catriona dilahirkan dan membesar di Australia sebelum berhijrah semula ke Filipina ketika berusia 18 tahun. Dia dilaporkan menyimpan duit hasil kerja peragaannya untuk membeli tiket penerbangan ke Filipina untuk mengembangkan kerjayanya.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness