Miley Cyrus Nekad Ubah Imej Dan Tinggalkan Tabiat Buruk!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Miley Cyrus Nekad Ubah Imej Dan Tinggalkan Tabiat Buruk!

No more “Twerk it like Miley”! Miley Cyrus menerusi interview dengan Billboard mendedahkan yang dia kini seperti dilahirkan semula.

Satu dunia terkejut apabila kali pertama Miley mengubah imej ketika melancarkan album solo keempatnya – Bangerz pada tahun 2013. Imej Hannah Montana yang dibawanya lenyap begitu sahaja. Potongan rambut bob-cut dan blonde, serta penampilan yang seksi (berani mati) menyaksikan sisi berbeza Miley sebagai country girl.

“Saya rasa lega kerana akhirnya saya boleh menjadi diri sendiri. Saya penat menjadi Hannah Montana”, akui Miley ketika itu. Plan pemasarannya menjadi apabila album Bangerz mendapat sambutan termasuk lagu We Can’t Stop dan Wrecking Ball yang menduduki tangga teratas carta Billboard untuk beberapa minggu.

Tetapi baru-baru ini Miley mendedahkan imej seksi tersebut hanyalah persona yang dicipta semata-mata untuk album Bangerz. Album tersebut yang disifatkan rebellious dengan muzik yang segar bagaimanapun berjaya menjadikan Miley antara selebriti terhangat untuk tahun 2013. Malah tarian twerk menjadi popular selepas Miley mempromosikannya di setiap persembahan dan video muzik.

Bakal tampil dengan album terbaru kelimanya, Miley berkata dia mahu membuang imej “dirty miley” itu jauh-jauh. “Sesuatu yang luar biasa, saya telah berjaya berhenti mengambil ganja selama tiga minggu”, akui Miley.

“Saya telah berhenti mengambil ganja, minum alkohol dan bebas daripada barangan terlarang. Saya kini bersih dan inilah yang saya mahukan selama ini. Saya suka dikelilingi oleh individu yang menjadikan saya lebih positif”, katanya kepada Billboard.

Single pertama yang bakal dipertaruhkan untuk album terbarunya berjudul Malibu yang akan dilancarkan 11 May ini. Lagu tersebut adalah mengenai kisah percintaannya dengan tunangnya Liam Hemsworth. “Lagu ini adalah luahan perasaan sebenar saya kepada Liam. Ada ketika kami seolah-olah berubah menjadi orang lain, dan menyedari ia sesuatu yang menakutkan dan kami mengakui jatuh cinta semula”.

Mengakui imej terbarunya yang bersih dan lebih sopan ini adalah bersebab. Bukan sahaja kerana album terbarunya, Miley juga mahu masyarakat memandangnya lebih positif. “Album terbaru saya adalah sesuatu yang tidak pernah saya hasilkan dan saya tidak rasa masyarakat akan mendengar mesej yang cuba disampaikan jika saya masih lagi mengekalkan imej separuh bogel seperti sebelum ini”.

Foto / Artikel asal: Billboard.com

 

 

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness