Mewahnya Apartment Coco Chanel! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Mewahnya Apartment Coco Chanel!

Cosmo mengembara ke Paris awal tahun ini dan kami berpeluang ke apartment Mademoiselle Chanel di 31 rue Cambon, Paris. Uniknya dekorasi di sini yang pasti boleh kamu cedok untuk hiasan rumahmu!

Salon 14

Sebaik Cosmo melangkah masuk ke apartment ini, melalui tangga bercermin yang mewah lagi unik apartment  Mademoiselle Chanel di tingkat tiga sementara di sebelah bawahnya pula merupakan butik pertama Chanel di Rue Cambon. WOW! itulah perkataan pertama yang keluar. Cantiknya!

Empat bilik yang penuh dengan khazanah alam dari seluruh pelosok negara. Seakan-akan muzium. Dulunya menjadi lokasi pertunjukan fesyen dan Mademoiselle Chanel sering memilih untuk duduk di atas tangga terkenalnya. Di mana dia dapat melihat tetamu dan pertunjukan fesyen pada masa yang sama.

Keinginan, keseronokan dan emosi mempengaruhi setiap pilihan isi kediamannya. Bermula dengan skrin lacquered Coromandel yang ditemui  di kedai antik dan kerana dia tidak pernah puas, dia menambah lagi dan lagi sehingga dia memiliki 32 semuanya. Seperti nomad yang telah diambilnya dari Faubourg Saint Honoré untuk Roquebrune, Ritz dan kemudiannya ke rue Cambon. Dipaku pada dinding, seperti permaidani di pintu masuk ke ‘sarang’ mewahnya. Seorang wanita yangberinovatif dan berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya: couture, barang kemas dan juga minyak wangi. Semangat baroque dan lakuer berharga, cermin mewah dan candelier bejeweled turut menjadi kegilaannya.

Entrance 04-1

Pintu Masuk: Lakuer dan Cermin

Enchanting Chinese screens: Sebelas lakuer skrin merah dan emas. Cermin ajaib yang membiaskan hiasan yang tak terhingga nilainya seperti pagoda, chimera, horsemen dan bunga, terutama camellia yang hadir dalam semua koleksi dan burung, foremost the phoenix promising luck and immortality.

Salon 09-1

Salon: Khazanah Nomad.

Bilik ini dipenuhi objek yang disukainya: skrin, buku-buku, objek ajaib dan divan suede fauve yang dikelilingi foto enam modelnya. Divan baginya adalah kedua-dua ‘throne‘ dan katil sofanya. Dia sering bekerja di atasnya dan berehat,  ia adalah rekaan kusyen yang sama seperti beg tangan klasiknya.

Salon 18-1

Pejabat: Bayang-bayang dan Lampu.

Dengan warna musim luruh – yang paling berharga dalam koleksi menurut pakar sofa abad ke-18, Candelier Kristal Paul Iribe, telah mengukir pampilles dan camellia seakan berlian. Tahun 1932; di mana koleksi barang kemas mewah di Eropah sedang menjunam teruk, set barang kemas berlian platinum termasuk kalung Comete menjadi lambang kepada barang kemas Chanel.

Dining room 04 -1

Ruang Makan: Keindahan Bermusim.

Chanel sukakan kemegahan. Lapan kerusi suede beige dilindungi Louis XVI ini tidak ramai yang pernah duduk: Chanel hanya menjemput teman paling dekat untuk waktu makan. Tanpa apa-apa majlis, pinggan mangkuk halus, set warna merah terang tetapi hidangan yang ringkas perlu mematuhi dua kriteria: hanya buah-buahan bermusim dan sayur-sayuran yang tiada bau. Di Ritz, Chanel mahu mejanya berhampiran tingkap jauh dari dapur, dia tidak boleh bau masakan kerana dia melakukan diet yang ketat: tanpa lemak atau gula. Chanel chose slenderness long before dieting became fashionable; she was always ahead of her time. Satu persoalan estetika: di mana ada kemahuan disitu ada jalan.

Masih tak puas melihat dekorasi di apartment ini? Cosmo ada foto-foto sekitar apartment ini untuk kamu cuci mata dan cari ilham ubah gaya rumahmu atau rumah baru nanti. Lihat slide di bawah ini.

[soliloquy id=”8142″]

Foto: Chanel

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor