Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Mesin Senaman Ini Mampu Buat Kamu Langsing Tanpa Bergerak

Pencarian berterusan untuk membantu masyarakat menjalani kehidupan lebih sihat walapun tanpa pergerakan.

Sampaikan pengkaji menjeguk semula kajian awal yang mampu memberi kesan senaman walaupun kamu tidaklah berusaha keras pun. Penyelidikan baharu pada vibrating plates – mesin di gim yang kelihatan konservatif mendapati dengan hanya berdiri ia mampu memberi keputusan yang lebih dari orang giat berlatih.

Asalnya direka untuk angkasawan mengekalkan kekuatan dalam misi angkasa tanpa gravity, vibrating plates bekerja memberi kejutan kecil menerusi badan, mencetuskan satu pengecutan luar kawal dalam otot kamu.

Kajian mengenainya juga, yang disiarkan dalam jurnal Endocrinology, menunjukkan tikus yang bertahan 20 minit getaran seluruh badan dalam sehari selama 12 minggu telah menambah jisim ototnya dan mengalami peningkatan kepekaan insulin. Malah ia membakal kalori dan tahap lapar, sama seperti tikus berjalan 45 minit sehari di atas treadmill selama 12 minggu.

Bagaimana Pula Kesannya Terhadap Manusia

Sementara itu ahli sains sejati tidak percaya kajian terhadap haiwan untuk dibandingkan dengan tubuh manusia. Satu bukti baharu pula lebih diyakini dengan adanya kajian terhadap manusia. Telah terbukti mereka yang diet menjalani senaman asas seperti squats, lunges, crunches, push-ups, dan calf raises di atas vibrating plate lebih banyak hilang lemak dan perut pun lebih kempis berbanding mereka yang diet dan bersenam tanpa vibrating plate.

Sebab itu, tanpa kajian selanjutnya, sang pakar menyarankan senaman di atas vibrating plates sangat bagus buat orang obesity. Bagi mereka, senaman bertenaga bukan sahaja susah malah lebih menyakitkan.

“Berdiri di atas vibrating platform selama 5, 10, 15 minit menjadikan sel lebih kuat, mungkin membantu (orang obes) hilang berat badan, dan ini membantu mereka memulakan senaman,” ujar Pete McCall, seorang psikologi senaman dengan American Council on Exercise, to Time.

Bagi kamu yang secara fizik boleh bersenam tanpa rasa kurang selesa, tapi memilih tidak menggunakan semua usaha: Berdiri di atas vibrating plate ketika plank, lunge, atau squat mampu memanipulasi tubuh dengan tahap intensity dan menghasilkan keputusan lebih pantas.

Foto: 123rf.com

Boleh Tak Saya Tak Perlu Buat Apa-Apa?

Selain penemuan kajian tikus tadi, nampaknya kamu perlu lakukan lebih dari hanya berdiri di atas vibrating plate dan menukarnya jadi lebih bermanfaat: “Apa kita sering lihat di gim – mereka hanya berdiri di atas mesin dan berpegang pada handles – tanpa berbuat apa-apa,” ujar Dirk Vissers, fisioterapi pengkaji manusia di atas vibrating plates pada 2009 di dalam siaran akhbarnya.

Mungkin kerana mesin tersebut tidak merangsang kelajuan degup jantung. Hanya lebih kepada kardio sekiranya berkaitan erobik.

Bagaimana Mencubanya

Sekiranya kamu bernasib baik, kamu jumpa mesin aneh ini di dalam gim dan meloncat bersenam dan tidak melakukan senaman biasa di lantai.

Sekiranya tiada di gim, kamu boleh beli mesin vibrating plate lebih kompak dan letak sahaja di rumah. Hey, mesin jalan pintas ini tidak kurang lebih mahal tahu dan apa salahnya berkongsi dengan rakan serumah. (Bertuahlah dapat menerangkan pada rakan).

Artikel Asal: ELIZABETH NARINS
Sumber: Cosmopolitan US