Merancang Untuk Staycation? Cuba Hotel Pilihan Cosmo Ini
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Merancang Untuk Staycation? Cuba Hotel Pilihan Cosmo Ini

Merancang Untuk Staycation? Cuba Hotel Pilihan Cosmo Ini

Mesti bosan jika setiap hujung minggu kamu hanya menghabiskan masa ke shopping mall atau berehat di rumah saja. Sekali-sekala, tukarlah aktiviti hujung minggu kamu dengan bersantai di hotel-hotel menarik untuk merasai pengalaman bercuti yang lebih mewah dan selesa. Let’s check it out!
Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur

The Grand Dame’ antara gelaran yang paling sesuai untuk menggambarkan kemewahan hotel ini. Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur menyediakan gathering place untuk pelancong asing dan tempatan bercuti, mengadakan majlis keraian atau meeting dengan klien. Hotel ini juga sangat mementingkan pengalaman buat tetamu yang menginap untuk mendapat keselesaan sempurna sepanjang berhujung minggu di sana.

Reka bentuk yang eksklusif serta kombinasi rekaan yang cukup mewah dan selesa buat sesiapa yang menginap di sana berasa teruja. Bukan itu saja, lokasinya juga sangat strategik. Yang pasti dining concept yang mereka sediakan tidak akan mengecewakan kamu.

Hotel ini telah melakukan beberapa pengubahsuaian serta menambah bilik yang lebih mewah dan selesa buat tetamu. Ia menawarkan koleksi Deluxe Room, Club Rooms dan Suites, jadi jangan lepaskan pelung untuk menginap di sini dan merasai ‘new look’ daripada Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur.C

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor