Merancang Ke Lake Zurich, Switzerland? Kamu Patut Menginap Di Hotel Ini
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Merancang Ke Lake Zurich, Switzerland? Kamu Patut Menginap Di Hotel Ini

Zurich adalah bandar terbesar di Switzerland. Bukan sekadar mempunyai pemandangan menakjubkan, tapi Cosmo kagum dengan persekitaran bandarnya yang bersih. Hotel pilihan kami adalah The Hotel Ambassador à l’Opéra. Let’s check it out!

Prev1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Hotel Ambassador à l’Opéra di daerah Seefeld, Zurich adalah sebahagian daripada tinggalan Istana Uto. Ia dibina pada tahun 1898 dalam gaya neo-baroque. Terletak  bertentangan dengan Opera House Zurich dan di tengah kota Zurich, ia penginapan  sempurna untuk kamu yang ingin menjelajah Zurich. Dekorasi mewah hotel ini pasti buat kamu ternganga. Hanya beberapa langkah kamu sudah tiba di Lake Zurich. Pemandangannya, cukup indah! Teater Opera, galeri, muzium dan pusat membeli-belah yang terkenal dan eksklusif di dunia Bahnhofstrasse dan pusat perniagaan berada di sekeliling hotel mewah ini.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist