Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Menurut Sains Teh Yang Dipanaskan Dalam Microwave Adalah Terbaik!

Namun penggemar teh tidak menikmatinya sebegini walaupun rahsia menyediakan secawan teh telah dibincangkan terutama cara paling sihat dan sedap menerusi microwave.

Kajian bermula pada 2012 apabila individu popular di dalam TV UK dikecam kerana menggunakan microwave dalam penyediaan minumannya. Kajian dikendalikan Dr. Quan Vuong dari Newcastle Universiti di New South Wales, Australia, yang pakar dalam menambah nilai dalam produk semula jadi.

Dari kajian dilakukan Dr Quan, dia mendapati ada komponen penting dikesan di dalam teh hijau dan hitam. Telah terbukti 80 peratus caffeine, theanine dan polyphenol yang enak rasanya diaktifkan dengan kaedah atau cara berikut:

  1. Guna air panas di dalam cawan dan teabag.
  2. Panaskan di dalam microwave selama 30 saat.
  3. Biarkan seminit.

Penghasilan asid amino semestinya memberi ketenangan, manakala polyphenols, yang juga ditemui di dalam coklat gelap, adalah antioksidan yang berkaitan dengan merawat penyakit.

Walaupun penyediaan teh menerusi microwaved membuktikan ada penambahan dalam cita rasa dan kesihatan, peminat teh terutama di British di Twitter menegaskan teknik tersebut tidak betul.

https://twitter.com/itsbigian/status/851756672825442304?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.cosmopolitan.com%2Fhealth-fitness%2Fa9267091%2Fmicrowaving-tea-is-good-for-you-say-scientists%2F

Kekecohan itu bukan kali pertama, namun tidak berakhir di situ sahaja. Namun, semuanya terdiam apabila Permaisuri mereka meminum dua teabag teh.

Artikel Asal: Elizabeth Narins
Sumber: Cosmopolitan US
Foto: 123rf.com