Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Menu Sihat Kamu ‘Wajib’ Cuba Jika Berkunjung Ke L’Honore, Paris

Jika kamu sedang atau bakal berkunjung ke Paris, pasti rasa sukar untuk cari makanan halal. Cosmo cadangkan restoran L’Honore, Mandarin Oriental yang menyediakan menu sihat atau lebih sinonim dengan ‘eat clean’.

Rasa damai sebaik saja kamu tiba di restoran mewah ini. Bahagian tengah restoran ini mempunyai sebuah taman dengan fountain, Cosmo teruja kerana setiap penjuru restoran ini cantik! Restoran L’Honore dibuka setiap hari dari 7 pagi hingga 7 malam (zon waktu Paris). Untuk makan tengah hari yang lazat, L’Honoré menawarkan menu sihat seperti roti bakar bersama avokado, quinoa salad, jus segar dan banyak lagi.

Semua tampak menarik dalam menu ini, tapi yang mencuri perhatian Cosmo adalah Poke Bowl Honoré, gabungan beras sushi Jepun bersama salmon, avokado, lobak, timun dan sos Asian. Bila baca memang kamu terfikir, sedapkah? Tapi bila nikmati, sedap adalah perkataan pertama yang dapat Cosmo kongsikan hasil suapan pertama! Gabungannya serasi, rasa sos Asian buatkan hidangan ini lengkap. Tak rugi cuba dan ia antara menu yang disyorkan chef!

Selain itu, Cosmo juga cuba Burger Vegan. Mungkin jika kamu beragama Islam agak terhad untuk nikmati daging. Perasaan ragu-ragu akan timbul kerana tak pasti bagaimana ia disembelih. Tapi bukan di L’Hanore kerana semua menu adalah untuk vegan. Daging yang diperbuat daripada sayur memang enak dinikmati terutama  cuaca sejuk. Burger ini didatangkan bersama kentang goreng dan salad. Memang syok!

Minuman jus di L’Hanore tidak menggunakan gula sebagai tambahan untuk memaniskan minuman. Sebaliknya, kemanisan buah dalam minuman dikekalkan. Cosmo sarankan kamu cuba menu di L’Hanore ketika kamu berada di Paris.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bahagian luar di restoran Camilla Mandarin Oriental dari bahagian atas. Cukup mendamaikan!

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist