Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Mengintai Ke Dalam Lembaran Hidup Ikon Fesyen, Rizalman Ibrahim

Life Inspired dengan bangganya memperkenalkan siri original pertama yang menampilkan personaliti Asia popular, Rizalman Ibrahim. Ikon stail Malaysia ini bakal menyinari skrin TV kamu dengan kemunculan  sebuah siri realiti berjudul Rizalman.

Daripada pekan kecil di Pulau Pinang di mana Rizalman membesar, hingga ke label fesyen yang dinamakan sempena namanya sendiri –  ia merupakan kisah seorang lelaki yang tidak gentar mengambil risiko, dan punya bukti untuk diceritakan. Apakah yang membuatkan dirinya bertindak? Apakah yang membakar semangatnya untuk mengejar menjadi seorang fashionista yang diidamkan?

Jangan lepaskan peluang menyaksikan kemunculan istimewa tetamu A-list Rizalman termasuklah selebriti tanah air Neelofa, bekas ratu cantik Deborah Henry, penyanyi Dayang Nurfaizah dan banyak lagi. Sememangnya seorang ikon stail, Rizalman menarik perhatian nadi penggerak kelas atasan, yang meminta nasihatnya dalam segala perkara, daripada busana formal hingga ke pakaian kasual. Selain daripada kelompok fashionista Malaysia, rancangan realiti Rizalman akan menyoroti kehidupan  belakang tabir setiap insan yang menjadikan pereka fesyen ternama berada di tahap ini, serta insan yang sangat istimewa baginya, termasuklah dua anak lelakinya yang comel. Intai juga ke dalam kediaman rahsia  yang jarang dirakam.

Rancangan ini juga bakal memperlihatkan Koleksi Jubli ke-25 Rizalman yang dinanti-nantikan. Bagi seorang pereka yang telah bekerjasama dengan Zalora, peniagaan atas talian terbesar Asia Tenggara, ia sangat mengujakan untuk  mengorak langkah seterusnya. Jadi jangan terlepas peluang menonton rancangan ini yang bakal bersiaran pada Mei 30, jam 8 malam setiap Selasa di saluran LiTV (Astro 728).

 

Foto: LITV

 

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist