Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Mengapa warna merah jambu sinonim dengan payudara kamu

Mengapa Warna Merah Jambu Sinonim Dengan Payudara Kamu?

It’s Pink October! Bulan Oktober merupakan bulan kempen kesedaran kanser payudara. Selari dengan kempen ini, setiap tahun banyak acara serta aktiviti mempromosikan kepentingan kesedaran kanser payudara serta kesihatannya. Cosmo kongsi tiga jenama yang turut serta dalam usaha Pink October di Malaysia.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

The Estée Lauder Companies’ Breast Cancer Campaign

The Estée Lauder Companies antara jenama yang tidak pernah terkecuali dalam usaha ini. Setiap tahun, ada saja tema serta aktiviti menarik yang mereka anjurkan dan pada tahun ini, mereka gunakan pendekatan #TimeToEndBreastCancer.

Mesej yang mahu disampaikan amatlah mudah dan straightforward. Mereka mahu semua orang tahu bahawa 2018 adalah masanya – masa untuk teruskan usaha kesedaran kanser payudara, masa untuk empower and educate, masa untuk membongkar lebih banyak maklumat tentang punca dan langkah pencegahan,serta masa untuk akhiri kanser payudara.

Jenama lain yang bernaung di bawah The Estée Lauder Companies yang akan turut serta menjayakan misi kempen #TimeToEndBreastCancer adalah AERIN, Aveda, BECCA, Bobbi Brown, Bumble and Bumble, Clinique, Darphin, DKNY, Donna Karan, Estée Lauder, GLAMGLOW, Jo Malone London, La Mer, Lab Series, Origins, Prescriptives, Smashbox, Tom Ford Beauty dan Tory Burch.

Hasil daripada setiap pembelian produk pink ribbon akan disumbangkan kepada National Cancer Society Malaysia, Cancer Research Malaysia, Breast Cancer Welfare Association Malaysia dan The College of Radiology. Ia adalah untuk mendana penyelidikan perubatan, pendidikan serta sokongan terhadap kanser payudara.

Estée Lauder Limited Edition Advanced Night Repair Synchronized Recovery Complex II with Pink Ribbon Keychain, RM400

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert