Mengapa Saiz Kasut Kamu Berbeza di Sesetengah Kedai - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Mengapa Saiz Kasut Kamu Berbeza di Sesetengah Kedai

Cosmo singkap mengapa kebanyakan daripada kamu mempunyai dua hingga tiga saiz kasut berbeza…

Semakin susah kebelakangan ini untuk tentukan saiz pakaian kamu yang sebenar (dilema setiap wanita). Di sesetengah kedai, kamu mungkin bersaiz 10, dan saiz 12 di berlainan kedai pula… Apatah lagi saiz bra kamu yang sering berubah-ubah. Dan apabila kasut pula, saiz kamu antara 6 hingga 8.

Ia mengecewakan dan malangnya ia mengelirukan dengan saiz yang tidak menentu dan seolah-olah membuatkan kita terpaksa terima apa saja saiz asalkan muat.

Seorang wartaman dari laman web ini pergi ke enam kedai kasut berbeza, dan mendapati saiz kasutnya di antara 5 hingga 7. Saiz kasutnya juga berbeza dengan kasut berlainan stail tapi dalam kedai yang sama!

Tetapi alasan di sebalik hal ini sebenarnya cukup straightforward. Bertahun dulu, pengeluar kasut di British menggunakan acuan sebagai asas untuk sampel pengeluaran, tetapi mengikut The Mirror, jenama-jenama kasut kebanyakkannya mula membuat pengeluaran dan pengilangan di Asia dan sebab itulah hal saiz kasut yang berbeza terjadi.

Disebabkan permintaan untuk kasut murah mulai meningkat, syarikat-syarikat mula tidak mementingkan saiz kasut dan ini memberi sebab mengapa kita berdepan dengan perbezaan ketara dalam saiz kasut di pasaran.

Foto: Pinterest/Artikel asal: Jess Edwards

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva