Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Media Hollywood Dedah Perangai Sebenar Miranda Kerr

If you have been idolising Miranda Kerr, you will change your mind after reading this. Media Hollywood baru-baru ini mendedahkan skandal dan sikap sebenar supermodel kelahiran Australia ini.

Kehidupan Miranda diibaratkan terlalu sempurna di mata peminatnya. Cantik, popular, berjaya dan merendah diri, itulah gambaran yang diperkatakan oleh die hard fans nya. Tetapi tidak semua media antarabangsa menyukai Miranda apabila mereka mendedahkan satu persatu insiden yang membuktikan Miranda adalah seperti wanita cantik tipikal yang lain.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Skandal Berlian

Miranda dilaporkan menerima dan ‘dimandikan’ dengan barangan kemas bernilai jutaan dolar US oleh bekas kekasihnya yang juga bilionair dari Malaysia, Jho Low. Lelaki itu juga dikaitkan sebagai dalang kepada kehilangan dana berjumlah bilion dolar US daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jho Low dikatakan menghadiahkan Miranda barangan kemas tersebut ketika sambutan Hari Kekasih pada tahun 2014 – selepas kes penceraiannya selesai dengan Orlando. Pihak kerajaan Amerika Syarikat kini sedang memfailkan tuntutan mahkamah sivil sebagai usaha untuk merampas kesemua harta yang disyaki dibeli menggunakan duit dana 1MDB.

Hadiah barangan kemas pertama yang diterima Miranda, dilaporkan ditempah khas oleh Jho Low daripada pereka barangan kemas terkenal dari Manhattan, Lorraine Schwartz yang dianggarkan mencecah sehingga 1-2 juta dolar US. Cincin berlian tersebut dengan 11.72 karat, berbentuk hati yang bernilai 1.29 juta dolar juga mempunyai ukiran nama Miranda.

Ia berlaku sebelum Miranda mengenali suaminya kini yang merupakan seorang billionair muda dan juga pengasas aplikasi Snapchat, Evan Spiegel

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness