Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Media Hollywood Dedah Perangai Sebenar Miranda Kerr

If you have been idolising Miranda Kerr, you will change your mind after reading this. Media Hollywood baru-baru ini mendedahkan skandal dan sikap sebenar supermodel kelahiran Australia ini.

Kehidupan Miranda diibaratkan terlalu sempurna di mata peminatnya. Cantik, popular, berjaya dan merendah diri, itulah gambaran yang diperkatakan oleh die hard fans nya. Tetapi tidak semua media antarabangsa menyukai Miranda apabila mereka mendedahkan satu persatu insiden yang membuktikan Miranda adalah seperti wanita cantik tipikal yang lain.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Berlaku Curang

Justin Bieber dikatakan punca perpisahan  diantara Miranda dan Orlando Bloom. Kejadian berlaku selepas Pertunjukan Fesyen Victoria’s Secret pada tahun 2012, ketika Justin berusia 19 tahun. Sumber terdekat memberitahu, Justin dan Miranda bermesra di belakang pentas. Justin juga berkongsi cerita dengan rakan terdekat yang dia dan Miranda sedang berpacaran secara senyap tanpa pengetahuan Orlando.

Orlando dilaporkan menumbuk Justin dalam satu insiden di Ibiza selepas penyanyi itu secara seloroh mengakui dia telah meniduri Miranda. “She was good in bed”, kata Justin kepada Orlando. Miranda dan Orlando berpisah secara rasmi pada Oktober 2013.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness