Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Nokia 3310 2017

Masih Ingat Telefon Bimbit Pertama Kamu? Nokia 3310 Kembali Lagi!

Tipulah kalau kamu tidak pernah mengimpikan untuk memiliki telefon bimbit Nokia 3310 sekitar tahun 2000! Itulah handphone paling kool dan canggih di era tersebut.

Nokia 3310 2017

Nokia 3310 dilancarkan sekitar September 2000 dan telah terjual melebihi 125 juta unit seluruh dunia. 17 tahun berlalu kini ia bakal kembali menghangatkan dunia gajet walaupun tidak mungkin dapat menyaingi telefon pintar yang lain.

Rekaannya yang ringkas dan seperti seketul batu bata, siapa boleh lupa dengan ciri dan perinciannya. Nokia 3310 ketika itu hanya mempunyai aplikasi mesej dan panggilan telefon biasa, tanpa Internet mahupun games yang canggih. Masih ingat dengan games ular dan brick, itulah permainan klasik yang melekakan kamu ketika itu.

Nokia 3310 2017

HMD Global, syarikat yang membeli Nokia kini mencipta dan mereka Nokia 3310 terbaru yang bakal membawa kembali nostalgia brick dan snake games. Syarikat itu mengumumkan semalam, 3310 kembali lagi tahun ini selepas berita tersebut tersebar sebulan yang lalu.

Menerusi Kongress Mobil Sedunia, CEO HMD Global berkata, Nokia 3310/2017 masih lagi mengekalkan ciri yang sama dengan jangka hayat bateri boleh bertahan sehingga selama sebulan. Tanpa perlu dicaj berulang kali.

Nokia 3310 2017

Rekaan luaran :
Butang tolak dan reka bentuk yang ikonik dengan 4 warna berbeza.
Headphone jack untuk muzik
2.4” skrin melengkung dengan lapisan polarize untuk memudahkan kamu membaca teks di bawah sinaran matahari
2 MP kamera dengan LED flash untuk foto yang ringkas
Boleh didapati dengan satu atau dua SIM

Rekaan dalaman:
2G rangkaian telekomunikasi untuk panggilan biasa dan mesej
Jangka hayat bateri yang bertahan sehingga 22 jam ketika membuat panggilan
FM radio dan MP3 player
16 MB simpana data dengan kad slot MicroSD yang boleh menampung sehingga 32 GB simpanan.

Foto: Nokia.com

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness