Masih Ingat Lagi Dengan Amanda Bynes? Wajah Terbarunya Kelihatan Seperti Miley Cyrus!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Masih Ingat Lagi Dengan Amanda Bynes? Wajah Terbarunya Kelihatan Seperti Miley Cyrus!

Masih ingat lagi bintang Nickelodeon, Amanda Bynes yang sering mengundang pergaduhan di internet dengan beberapa selebriti seperti Drake, Rihanna, Jay Z dan Courtney Love?

Nasib Amanda sama seperti beberapa selebriti bermasalah yang lain. Dia mengalami kemurungan, ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk, kes langgar lari, ditangkap kerana mengambil kokain sebelum dimasukkan ke pusat pemulihan pada tahun 2013. Selepas itu, namanya terus lenyap dan terkubur dalam industri hiburan Hollywood.

But wait, now she is back in the game! Majalah PAPER baru-baru ini menampilkan Amanda sebagai wajah depan untuk edisi digital dan peminat bukan saja gembira melihatnya kembali sihat, tetapi wajahnya juga turut berubah. Dia kelihatan persis Miley Cyrus dan wajahnya tidak langsung kelihatan seperti Amanda yang kamu kenali sebelum ini.

Cosmo tidak kisah jika Amanda melakukan sebarang pembedahan plastik kerana apa yang penting dia kelihatan lebih sihat dan matang. Di sebalik kehilangan Amanda, dia sebenarnya melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Fashion Institute of Design and Merchandise di Los Angeles. Dia juga bakal menamatkan pengajian pada Januari 2019 dan mengakui tidak sabar kembali aktif dalam industri hiburan.

“I’m really ashamed and embarrassed with the things I said. I can’t turn back time but if I could, I would. And I'm so sorry to whoever I hurt and whoever I lied about because it truly eats away at me. It makes me feel so horrible and sick to my stomach and sad. Everything I worked my whole life to achieve, I kind of ruined it all through Twitter. It’s definitely not Twitter’s fault — it’s my own fault,” luah Amanda.

Foto: PAPER magazine
6 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness