Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Masa Untuk Manjakan Diri

Badan terasa lenguh kerana sibuk bekerja? Sudah tiba masanya untuk kamu belai tubuh. Kali ini Cosmo kongsikan pusat spa terbaik di sekitar Kuala Lumpur. Jangan tunggu lagi, buat tempahan kamu sekarang okey!

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

La Sante, The Chateau Spa & Organic Wellness Resort

KM48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Kuala Lumpur

WAKTU OPERASI: 10am-10pm (setiap hari)

Konsep spa Eropah yang pertama di Asia dan dianggap sebagai permata yang menghiasi The Chateau. La Santé menawarkan pengalaman pakej organik lengkap kepada kamu yang ingin memulakan kesihatan dalaman dan luaran secara organik. Oh ya, menu makanan di La Sante juga menggunakan bahan organik. So, no cheat day for you. Yang Cosmo boleh janji pada kamu adalah semua ahli terapi di sini terlatih, pakar dan berpengalaman. Selain daripada pelbagai jenis rawatan spa, kamu akan mendapat manfaat daripada perundingan pemakanan profesional yang memperkenalkan pelan pemakanan individu. Memang seronok berada di sini dan rasa tak nak balik kerana ia cukup menenangkan.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist