Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Masa Untuk Manjakan Diri

Badan terasa lenguh kerana sibuk bekerja? Sudah tiba masanya untuk kamu belai tubuh. Kali ini Cosmo kongsikan pusat spa terbaik di sekitar Kuala Lumpur. Jangan tunggu lagi, buat tempahan kamu sekarang okey!

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

St. Grogery

Park Royal Hotel, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

WAKTU OPERASI: 10am-10pm (Setiap hari)

Terletak di tingkat enam Park Royal Hotel, ia menyediakan pelbagai rawatan terapi khusus pastinya buat kamu yang mahu ketenangan. Antara perkhidmatan terapi yang ada di spa ini adalah perubatan tradisional, balutan, lulur, rawatan muka dan banyak lagi. St. Grogery menggunakan ramuan minyak pati tulen berkualiti tinggi dan bahan-bahan asli yang diterbangkan khas daripada Perancis iaitu Le Château du Bois. Rawatan signature adalah Therapeutic Rejuvenation. Rawatan urutan beri tumpuan pada titik tekanan utama, Aromatik Body Bliss Massage adalah urutan badan penuh. Diikuti dengan rawatan wajah yang menjadikan kulit kamu segar dan berseri semula jadi. Jangan risau harga rawatan di St. Grogery semuanya berpatutan.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist