Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Mantap Bersukan Dengan Hijab Yang Meningkatkan Prestasi

Dari tahun lalu ramai menunggu ia tiba di Malaysia.

Hari ini, hijab yang pertama dicipta untuk atlet dilancarkan di Malaysia. Nike Pro Hijab direka menggunakan fabrik ringan dan mampu bernafas untuk memperkasakan lagi atlet-atlet seluruh dunia dengan hijab yang membantu melancarkan lagi pergerakan. But of course, ia tidak hanya untuk atlet, kamu yang berhijab juga boleh menggunakannya untuk bersukan, bersenam serta apa jua aktiviti luar yang akan buat kamu berpeluh!

Untuk kebanyakan atlet berhijab, Nike Pro Hijab berfungsi lebih daripada pakaian yang meningkatkan prestasi. "Ia memberi inspirasi kepada saya untuk mencapai kemajuan lebih tinggi dan berlari lebih jauh," kata Manal Rostom, yang baru-baru ini telah menyertai New York Marathon memakai Nike Pro Hijab. “Dan saya percaya, ia akan turut memberi inspirasi kepada wanita di seluruh dunia untuk mengikuti minat mereka untuk bersukan.”

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru