Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Mangkuk Jamban Jenama Louis Vuitton Paling Mahal Di Dunia

‘Melabur’ secara mewah? Mungkin kamu tidak pernah terfikir, mangkuk jamban direka menggunakan kulit beg tangan jenama mewah yang berharga ribuan ringgit, sedangkan ia adalah benda paling tidak masuk akal!

Mungkin tidak bagi mereka yang berduit, yang mahu kelihatan mewah from head to toe sehinggalah ke mangkuk jamban! Mangkuk jamban berharga RM420,000 ini direka oleh pereka dari Los Angeles, Illma Gore, lengkap seperti mangkuk jamban biasa di pasaran.

Lupakan mangkuk jamban berteknologi tinggi dengan pemanas seperti di Jepun, untuk kamu yang mahu ‘melabur’ dengan stail, ia juga bersalut emas. Illma Gore menghabiskan masa lebih tiga bulan dengan menggabungkan 24 buah beg tangan asli jenama Louis Vuitton.

Kesemua beg tangan itu bernilai lebih RM 63,000 termasuk sebuah bagasi bernilai RM12,500. Walapun ia tidak menjanjikan sisa buangan berupa emas, tetapi kesemua bahagian dalamannya disalut dengan emas asli, menjadikan harganya memuncak setaraf dengan harga seunit kondo mewah (Kalau di Malaysia).

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness