Mana Perginya Lemak Bila Kamu Hilang Berat Badan? - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Mana Perginya Lemak Bila Kamu Hilang Berat Badan?

Mana Perginya Lemak Bila Kamu Hilang Berat Badan?

It’s got to go somewhere, right?

 

Mana Perginya Lemak Bila Kamu Hilang Berat Badan?

Foto: Shutterstock.com

 

If you think about it, kehilangan berat badan sebenarnya sesuatu yang sukar dibayangkan. Baru beberapa minggu lepas badan kamu berisi, tapi selepas amalkan pemakanan sihat dan bersenam dengan teratur, sekejap saja tubuh kamu sudah mengecil. Persoalannya, mana pergi lemak-lemak tu?

 

Kamu mungkin membayangkan globul-globul lemak meletus dan lenyap, tapi POPSUGAR mendapati, that’s very much not the case. 

 

“Jawapan yang tepat adalah kebanyakannya dihembus keluar sebagai karbon doksida. It goes into thin air,” kata ahli fizik, Ruben Meerman, MD kepada POPSUGAR. Ya, betul apa yang kamu baca tu: Kamu hembusnya keluar. Sukar untuk dipercayai!

 

*Mula bernafas dengan lebih cepat untuk singkirkan lebih lemak*

Cosmo's 15 step guide to coping with Benedict Cumberbatch's sex description

 

Rupa-rupanya, lebih kurang 80% lemak disingkirkan daripada tubuh melalui paru-paru, manakala selebihnya dibuang melalui najis, peluh dan air mata.

 

Jika kamu rasa seperti ‘katak di bawah tempurung’ kerana tak pernah tahu fakta penting ini, jangan risau, you’re not the only one. Menurut ketua UNSW School of Biotechnology and Biomolecular Sciences, Profesor Andrew Brown, terdapat ramai doktor dan pakar nutrisi yang yakin bahawa lemak ditukar menjadi otot, atau ditukar menjadi tenaga atau haba dan terbakar begitu saja.

 

Jadi apa gunanya ke gim kalau kamu boleh hilangkan lemak dengan menangis bernafas dengan laju, kan? Salah pemikiran kamu tu. Lemak perlu melalui proses metabolisme sebelum ia boleh disingkirkan. Tak perlu gusar, ada pelbagai cara untuk tingkatkan metabolisme yang boleh mempercepatkan penurunan berat badan. Ini antaranya… Cuba okey!

 

3 Cara Mudah Tingkatkan Metabolisme

 

Artikel asal: Catriona Harvey-Jenner (cosmopolitan.com/uk)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor