Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
bananas benefits

Mampukah Pisang Mengubah Mood Kamu?

Pisang adalah buah yang sangat sihat, enak dan berkhasiat untuk tubuh kamu. Ia mengandungi beberapa nutrisi untuk kebaikan penghadaman, kesihatan jantung dan mengawal berat badan! Cosmo senaraikan kebaikan pisang yang juga bertindak memperbaiki mood supaya kamu lebih gembira. Yeay!

bananas benefits

 

Raja Nutrisi

Pisang kaya dengan nutrisi yang diperlukan tubuh kamu antaranya serat, potassium, Vitamin C dan B6, protein dan banyak lagi. Sebiji pisang yang masak mengandungi kira-kira 105 kalori dan ia membantu kamu kenyang buat jangka masa yang lama. Jadi, kamu disarankan makan sebiji pisang sebelum waktu makan dan membantu kamu mengawal diri daripada terlebih makan!

 

Mencegah Kanser Kolon

Pisang kaya dengan serat yang membantu proses penghadaman kamu. Sebiji pisang saiz sederhana mengandungi kira-kira tiga gram serat dan sudah cukup untuk bekalan nutrisi badan setiap hari. Ada masalah penghadaman? Makanlah pisang. Ia juga melindungi perut daripada kanser kolon.

 

Makanan Hebat Untuk Diet

Pisang membuatkan kamu cepat kenyang seterusnya mengawal nafsu lapar kamu. Tip untuk kurus, kamu hanya perlu amalkan makan pisang waktu pagi, tengahari dan empat jam sebelum waktu tidur. Sebiji pisang mengandungi 100 kalori di mana lebih sihat daripada snek lain seperti aiskrim, coklat dan kek yang menggemukkan. Pisang juga mencegah kamu daripada pengambilan makanan bergula seperti pencuci mulut.

 

Teman Ketika Bersenam

Makan sebiji pisang sebelum bersenam membantu kamu daripada masalah kekejangan otot seperti mana kamu makan sebiji oren. Malah ia mengelak kamu daripada mengalami bengkak otot. Tak percaya? Tanya rakan atlet kamu.

 

Memperbaiki Mood Sedih

Pisang menurunkan suhu badan yang panas ketika demam ataupun cuaca yang terik. Bayangkan kenikmatan minum segelas banana shake yang menyegarkan! Pisang juga merawat perasaan mixed-feeling kamu terutamanya ketika mengalami PMS symptoms kerana ianya mengaktifkan mood happy kamu! Jika kamu amalkan makan pisang setiap pagi, ia bagus untuk masalah mual dan morning sickness.

 

Foto: 123rf.com/Oleh : @curlyjow

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness