Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
sex dream

Maksud Di Sebalik Mimpi Seks Yang Kamu Alami

Mimpi adalah mainan tidur? Mungkin ya dan mungkin juga membawa maksud tersirat. Apatah lagi jika kamu mimpi mengenai hubungan intim! Pernah bermimpikan seks sehingga membuatkan kamu terjaga dalam keadaan bingung? Cosmo bantu kamu selesaikan kebingunan itu.

sex dream

SEKS DENGAN BEKAS TEMAN LELAKI

Jika kamu bermimpi melakukan seks dengan bekas teman lelaki, jangan risau. Itu tidak bermaksud kamu masih menyintainya dan perlu meninggalkan teman lelaki sekarang. Pakar mimpi dan psikologi berpendapat mimpi seks bersama bekas teman lelaki yang pertama adalah normal.

Lelaki menghargai cinta terakhir mereka, manakala wanita merindui cinta pertama mereka. Ini fakta! Mungkin ini petanda cinta terbaru kamu sedikit hambar sehingga kamu rindukan momen (bukan bekas teman lelaki) indah ketika mula kenal eti cinta. Amboi! Banyak luangkan masa bersama teman lelaki kamu. Semarakkan semula hubungan cinta kamu.

SEKS DENGAN LELAKI MISTERI

Mimpi berhubungan intim bersama lelaki misteri yang wajahnya sukar kamu ingati adalah mimpi kedua paling kerap berlaku kepada wanita. Mimpi tiada kena mengena dengan kononnya ada lelaki lain yang secara rahsia meminati kamu! Lelaki misteri dalam mimpi adalah simbol kepada ‘keinginan’ kamu yang tidak tercapai dalam hidup.

Cuba selidik diri kamu. Sesuatu keinginan atau kehendak yang terhalang. Apa kehendak tersebut dan apakah halangan kepada keinginan tersebut? Fikirkan…

SEKS DENGAN BESTFRIEND

Gelinya! Mimpi melakukan seks dengan rakan baik kamu sehingga membuatkan kamu menjauhkan diri dengannya di alam relaiti kerana malu. Cuba fikirkan tiga perkara atau ciri terbaik bila kamu fikirkan mengenai rakan baik kamu itu.

Tiga ciri tersebut adalah perkara yang kamu perlu guna/terap/perbaiki dalam diri kamu. Rakan baik kamu adalah seperti cermin dan refleksi terbaik untuk diri kamu.

SEKS DENGAN ORANG YANG KAMU BENCI

Gross! Dahlah kamu bencikan dia, dapat pula mimpi tidur bersamanya. Relaks, mimpi ini bermakna kamu membencinya kerana sesuatu/kualiti yang ada dalam dirinya tiada pada kamu. Mungkin dia seorang wanita hebat yang cantik dan pandai bergaya yang membuatkan kamu membencinya? Opss!

SEKS DENGAN SELEBRITI

Mimpi paling indah mungkin? Mimpi hubungan seks bersama selebriti lelaki bermaksud, you just have a major crush on him! Itu saja. Mungkin dia terlalu hangat sehingga membawa ke mimpi. Jangan bermimpi yang jodoh kamu dengannya kuat. Siapa selebriti lelaki yang pernah muncul dalam mimpi kamu itu? Orlando Bloom, Chris Hemsworth atau Zayn Malik?

Foto: Shutterstock.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness