Maksimumkan Kepuasan Seksual Dengan Lima Deria Ini - Page 5 of 5 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Maksimumkan Kepuasan Seksual Dengan Lima Deria Ini

Maksimumkan Kepuasan Seksual Dengan Lima Deria Ini

Again...sex is not about physical penetration only! Ia sebenarnya melibatkan lima deria semula jadi manusia. Apakah yang dapat memaksimumkan kepuasan seksual kamu dan suami di kamar? Cosmo ada rahsianya!

 

Maksimumkan Kepuasan Seksual Dengan Lima Deria Ini

Foto: 123rf.com

 

Percaya atau tidak, hubungan intim sebenarnya melibatkan lima deria yang dimiliki setiap orang, daripada penglihatan, suara, bau-bauan, sentuhan dan deria rasa di lidah kamu. Sayangnya, ramai pasangan tidak mengambil peluang untuk maksimumkan kesemua deria ini ketika berintimasi. Alasannya? Malas untuk bereksperimen, tergesa-gesa, malu atau tidak tahu bahawa deria memainkan banyak peranan untuk mencipta aksi ranjang yang lebih berkualiti. Buat kamu yang mahu cuba bermain cinta dengan lima deria ini, jadikan tip Cosmo ini sebagai panduan.

5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

5) Rasa

Hidangkan makanan yang kamu anggap mampu bangkitkan keghairahan seks. Ketika makan bersama, ceritakan khasiat makanan tersebut kepada suami kamu. Contohnya, kebolehannya untuk membuat ereksi bertahan lebih lama, orgasma lebih hebat atau organ seks lebih sensitif. Cara ini secara tak langsung akan membuat permainan di ranjang lebih hangat dan kepuasan tercapai. Hidangkan juga makanan yang manis seperti coklat atau krim bersama buah strawberi. Makanan ini akan membuat lidah kamu lebih sensitif. Tip Cosmo, hidangkan makanan dalam kuantiti yang kecil supaya kamu dan suami tidak terlalu kenyang dan kemudian tertidur. Hanya makan kuantiti yang mencukupi sebagai bekalan tenaga untuk beraksi  di ranjang.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert