Maksimumkan Kepuasan Seksual Dengan Lima Deria Ini - Page 2 of 5 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Maksimumkan Kepuasan Seksual Dengan Lima Deria Ini

Maksimumkan Kepuasan Seksual Dengan Lima Deria Ini

Again...sex is not about physical penetration only! Ia sebenarnya melibatkan lima deria semula jadi manusia. Apakah yang dapat memaksimumkan kepuasan seksual kamu dan suami di kamar? Cosmo ada rahsianya!

 

Maksimumkan Kepuasan Seksual Dengan Lima Deria Ini

Foto: 123rf.com

 

Percaya atau tidak, hubungan intim sebenarnya melibatkan lima deria yang dimiliki setiap orang, daripada penglihatan, suara, bau-bauan, sentuhan dan deria rasa di lidah kamu. Sayangnya, ramai pasangan tidak mengambil peluang untuk maksimumkan kesemua deria ini ketika berintimasi. Alasannya? Malas untuk bereksperimen, tergesa-gesa, malu atau tidak tahu bahawa deria memainkan banyak peranan untuk mencipta aksi ranjang yang lebih berkualiti. Buat kamu yang mahu cuba bermain cinta dengan lima deria ini, jadikan tip Cosmo ini sebagai panduan.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

2) Suara

Persiapkan mood bersama alunan muzik. Muzik instrumen piano, jazz lembut atau deruan ombak di pantai antara bunyi yang sesuai untuk bangkitkan mood berahi. Jangan lupa, suara kamu sendiri juga memainkan peranan! Ekspresikan perasaanmu kepada sang suami. Katakan yang manis-manis kemudian ‘rayu’ padanya untuk luahkan kata-kata yang boleh menaikkan ghairahmu. Jangan hanya berdiam dan menggigit bibir. Moaning boleh meningkatkan erotik dan selalunya suami lebih terangsang bila isterinya bersuara ketika di ranjang. Kamu hanya perlu menjaga volume suara agar tidak didengari atau mengganggu orang sekeliling.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert