Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Makna Di Sebalik Mimpi Ngeri Jejaka

Menurut kajian, situasi menakutkan ini muncul lebih kerap dalam mimpi jejaka berbanding mimpimu. Semak makna di sebaliknya mimpi ngeri buah hati kamu.

5840518 - portrait of a sweet sleeping young beautiful man lying on back

 

Kehilangan Kerja

Lelaki mendapat keyakinan diri dari pekerjaannya. Mimpi sebegini menunjukkan ada sesuatu yang kurang atau belum dicapai dalam hidupnya. Mungkin dia kurang keyakinan diri atau tidak bersemangat untuk capai sesuatu yang diinginkan. Kamu boleh berikan sokongan padu kepadanya dan pujian yang boleh membangkitkan kembali semangatnya.

 

Sedang Bergaduh

Jika sedang diserang, ini bermakna dia sedang mengalami tekanan besar dalam hidupnya. Cuba kamu cungkil daripadanya, adakah dia sedang mengalami sesuatu perkara yang sukar atau mengalami masalah di tempat kerja. Jika ya, cuba cari idea bagaimana kamu boleh membantunya dan menyesalaikan masalah tersebut.

 

Kenderaan Berlanggar

Terlibat dalam kemalangan menunjukkan sifat kurang berdaya si dia dalam kehidupan, contohnya seperti mengalami masalah kewangan dan tidak tahu cara menanganinya. Sekali lagi, kamu boleh tawarkan diri untuk membantu jika tahap kewanganmu mengizinkan. Tapi jika si dia menolak (ya, kebanyakan lelaki memang ada egonya), minta dia berbincang dengan perunding kewangan atau kamu sendiri boleh berkongsi tip yang kamu amalkan selama ini. Mungkin ini boleh membantu.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor