Makna Di Sebalik Hiasan Meja Kerja Kamu - Page 4 of 5 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Makna Di Sebalik Hiasan Meja Kerja Kamu

Makna Di Sebalik Hiasan Meja Kerja Kamu

Kalaulah meja kerja boleh bercakap, pasti ia sudah teriak, “kemas meja kamu sekarang!”

Foto: Shutterstock

Kamu mungkin tidak sedar tapi meja kerjamu ‘bercakap’ bagi pihak kamu apabila kamu tidak berada di pejabat. Kata-kata positif? We hope so. Tapi ia juga boleh mengganggu dan ‘bercakap’ di belakang kamu dengan menyampaikan mesej kurang enak.

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

STICKY NOTES = KURANG KEMAHIRAN TEKNOLOGI

Jika satu perkara kecil boleh beri ancaman kepada organisasi tugas kamu, tiba masa untuk buang longgokan sticky notes di komputer dan mula menyusun senarai kamu dengan cara yang lebih mengarah ke abad 21. Masalah dengan sticky notes adalah ia amat mudah untuk ambil alih meja kerja kamu. Ia akan ‘menjajah’ dan dengan senyap, menyelerakkan ruang kerja tanpa sedar. Ia mencipta satu ilusi seperti kamu sedang mengawal keadaan walhal ia berikan gambaran tidak sistematik kepada orang lain. Digital organization is the answer! Ia jauh lebih efektif berbanding sticky notes di komputer kamu dengan tulisan, ‘JANGAN LUPA!’.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor