Makna Di Sebalik Hiasan Meja Kerja Kamu - Page 3 of 5 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Makna Di Sebalik Hiasan Meja Kerja Kamu

Makna Di Sebalik Hiasan Meja Kerja Kamu

Kalaulah meja kerja boleh bercakap, pasti ia sudah teriak, “kemas meja kamu sekarang!”

Foto: Shutterstock

Kamu mungkin tidak sedar tapi meja kerjamu ‘bercakap’ bagi pihak kamu apabila kamu tidak berada di pejabat. Kata-kata positif? We hope so. Tapi ia juga boleh mengganggu dan ‘bercakap’ di belakang kamu dengan menyampaikan mesej kurang enak.

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

KURANGKAN MAINAN SEBAB… KAMU BUKAN BUDAK KECIL!

There is a bit of a double standard when it comes to office toys. Patung monyet, bobbleheads, lava lamps dan mini basketball nets yang sering mengambil ruang di meja kerja mereka yang bekerja dalam bidang kreatif boleh menguatkan imaginasi di tempat kerja. Tetapi jika ia berada di meja kerja seseorang yang bekerja di bahagian kewangan atau sumber manusia, ia boleh jadi petunjuk kepada pekerja yang tidak fokus dan tidak profesional.

Take your cue from respected peers and your boss. Tidak kira apa jua situasi, jangan mereplikakan kedai mainan melainkan jika kamu mempunyai ruang lain untuk sorokkannya. Meja kerja seharusnya menyampaikan mesej, “saya boleh bekerja dengan orang lain” dan bukannya “saya rasa selesa dengan teman imaginasi saya”. Jika perlu, hadkannya kepada satu atau dua permainan saja dan permainan tersebut perlulah ‘profesional’. Mungkin soft anti-stress ball untuk kamu kurangkan tekanan ketika bekerja.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor