Makna Di Sebalik Hiasan Meja Kerja Kamu - Page 2 of 5 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Makna Di Sebalik Hiasan Meja Kerja Kamu

Makna Di Sebalik Hiasan Meja Kerja Kamu

Kalaulah meja kerja boleh bercakap, pasti ia sudah teriak, “kemas meja kamu sekarang!”

Foto: Shutterstock

Kamu mungkin tidak sedar tapi meja kerjamu ‘bercakap’ bagi pihak kamu apabila kamu tidak berada di pejabat. Kata-kata positif? We hope so. Tapi ia juga boleh mengganggu dan ‘bercakap’ di belakang kamu dengan menyampaikan mesej kurang enak.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

PASTIKAN MEJA BERSIH, TAPI BUKAN TERLALU BERSIH

Memang kebersihan itu penting, tapi jika meja kamu penuh dengan penyegar udara dan sanitizer, ia menunjukkan bahawa kamu mempunyai obsesi kebersihan yang tidak sihat. Clean is commendable, tapi steril adalah menakutkan (melainkan jika kamu kerja dalam bidang perubatan ataupun makanan di mana dalam kes ini, kebersihan ekstra memang diperlukan).

Tolong jangan sapu hand sanitizer antibakteria setiap kali orang lain datang ke meja kamu. Ia akan buatkan mereka berasa seperti ‘virus’ kotor yang kamu perlu hapuskan daripada ‘zon bersih’ kamu itu. Juga elak mengelap meja setiap kali rakan sekerja datang untuk berbincang.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor