Makna Di Sebalik Hiasan Meja Kerja Kamu - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Makna Di Sebalik Hiasan Meja Kerja Kamu

Makna Di Sebalik Hiasan Meja Kerja Kamu

Kalaulah meja kerja boleh bercakap, pasti ia sudah teriak, “kemas meja kamu sekarang!”

Foto: Shutterstock

Kamu mungkin tidak sedar tapi meja kerjamu ‘bercakap’ bagi pihak kamu apabila kamu tidak berada di pejabat. Kata-kata positif? We hope so. Tapi ia juga boleh mengganggu dan ‘bercakap’ di belakang kamu dengan menyampaikan mesej kurang enak.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

“SAYA LAGI SANGGUP BERADA DI TEMPAT LAIN SELAIN DI SINI.”

Beberapa keping gambar percutian adalah okey, ia menunjukkan kamu tahu seimbangkan business and pleasure. Tapi kalendar countdown kepada percutian kamu yang seterusnya (272 hari lagi, woohoo!) atau cenderahati daripada percutian lalu yang bersepah di atas meja menunjukkan kamu lebih fokus pada risalah pelayaran yang disematkan pada papan gabus berbanding pembentangan kerja minggu depan.

Tunjukkan bahawa kamu komited terhadap kerjaya dengan mengurangkan petunjuk bahawa kamu lebih rela berada di tempat lain selain daripada di pejabat. Apa nak buat dengan risalah dan cenderahati itu? Tentulah bawa ke rumah dan susun rapi di kamarmu. Kalendar countdown pula? Tampal di peti sejuk agar ia mengingatkan kamu setiap hari, atau letakkan saja di mana kamu mahu selain meja kerja, okey?

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor