Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Makanan Untuk Tingkatkan Berahi

Cinta saja tidak memadai untuk peroleh sesi asmara penuh kenikmatan. Ketahui cara saintifik untuk pastikan kamu dan suami rasa lebih berahi bila ‘bersama’.

33288773_m

 

1. Cili Merah

Capsaicin, sejenis bahan kimia yang boleh didapati di dalam cili mampu meningkatkan peredaran darah dalam tubuh seterusnya merangsang hujung saraf. Sebab itulah kamu boleh rasa lebih ghairah setelah menikmatinya.

 

2. Coklat

Koko yang terkandung di dalamnya kaya dengan phenylethylamine, perangsang yang mampu membangkitkan keseronokan.

 

3. Tiram

Ia kaya dengan zink dan mineral yang mampu meningkatkan pengeluaran testosteron. Hormon inilah yang bertanggungjawab meningkatkan kemampuan seks kamu.

 

4. Asparagus dan Avokado

Kandungan Vitamin E membantu tubuh menghasilkan hormon testosteron, estrogen dan progesteron yang kemudiannya akan disalurkan ke dalam darah. Hasilnya, ia merangsang tindak balas seksual seperti pengeluaran pelincir bagi meningkatkan nikmat ketika seks.

 

5. Delima

Ia kecil namun memiliki kunci kepada keghairahan. Terima kasih kepada kandungan antioksidannya. Ia melindungi lapisan salur darah, lantas melancakan aliran darah ke seluruh tubuhmu. Manfaat yang bakal kamu terima? Peningkatan kadar sensitif pada ‘sudut V’ kamu.

 

6. Pisang

Ia membekalkan potassium, nutrien penting untuk menguatkan otot. Jadi bila kamu hampir tiba ke kemuncak, pengecutan otot waktu itu akan rasa lebih hebat dan kencang.

 

7. Walnut

Ia bukan saja sedap malah kaya dengan lemak asid Omega-3.  Ia dapat memastikan pengeluaran hormon seks berada pada kemuncaknya. Kuaci juga turut dikatakan mempunyai kandungan Omega-3 yang tinggi.

 

8. Vanila

Selepas makan malam, manjakan diri dengan sesenduk kecil aiskrim vanila. Perisa ini mampu merangsang saraf dan membuatkan tubuh menjadi lebih sensasi.

 

9. Tembikai

Buah ini kaya phytonutrient citrulline yang meningkatkan jumlah nitrik oksida dalam badan kamu. Peningkatan tinggi ini menyebabkan daluran darah menjadi lebih relaks. Selepas ini kamu tak perlukan masa yang panjang untuk rasa terangsang dan capai kemuncak.

 

10. Telur dan Santan

Mengandungi asid amino yang bila dipadankan dengan makanan tambahan lain, mampu meningkatkan keinginan seksual, mengurangkan kekeringan, menambah tempoh kemuncak dan memperbaiki sensasi pada alat sulit ketika beraksi.

 

Foto: 123RF.Com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor