Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Makanan Perangsang Seksual

Kemerosotan seks adalah cabaran yang lazim dihadapi oleh pasangan suami isteri. Walaupun fizikal dan kecergasan boleh membantu, tapi ia bukanlah penyelesaiannya semata. Cuba makanan perangsang seksual yang Cosmo senaraikan ini.

 

makanan rangsang seksual

 

Biji Labu

Mengandungi zink – mineral yang mencetus deria seksual. Kajian menunjukkan wanita yang tinggi dengan keinginan seksual mempunyai tahap testosteron yang banyak. Untuk meningkatkan testosteron kamu, tambah zink dalam diet . Zink menghalang enzim yang menukarkan testosteron kepada estrogen. Suku cawan biji labu memadai sebagai makanan perangsang seksual.

 

Tembikai

Ia bagus untuk meningkatkan rangsangan. Kompaun yang terdapat dalam buah tembikai membantu lancarkan saluran darah dan meningkatkan aliran darah. Aliran darah yang baik menjadikan sel tisu di sekitar ‘Miss V’ terangsang.

 

Strawberi Coklat

Walaupun ia sangat klise, tapi coklat hitam membantu meningkatkan tahap dopamin. Bioflavonoids terkandung dalam coklat hitam juga bantu membuka saluran darah dan memperbaiki aliran darah. Kandungan gula dalam strawberi pula berikan kamu tenaga.

 

Pisang

Mengandungi potassium dan Vitamin B yang meningkatkan tenaga. Pisang juga mengandungi enzim antiradang bromelain semula jadi yang meningkatkan lagi pengeluaran testosteron.

 

Walnut

Sumber terbaik untuk asid lemak Omega-3, ia bagus untuk tingkatkan dopamin dan arginine di dalam otak di mana ia perbanyakkan pengeluaran oksida nitrik. Oksida nitrik adalah kompaun kimia penting untuk rangsangan. Ia mengembangkan saluran darah dan membuatkan peredaran darah lebih lancar.

 

Asparagus

Kaya dengan folat. Asid folik semula jadi, folat mengawal pengeluaran histamin – kimia yang dikeluarkan semasa orgasma.

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert