Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Makanan Pecahkan Lemak

Ikat perut semata-mata nak turunkan berat badan memang tak best dan lebih teruk kalau ia tak berhasil. Apa yang ‘menjadi’? Makan superfood enak yang menggalakkan proses metabolisme untuk membakar lemak dalam tubuhmu sewaktu kamu makan. 

 

14710280_l

1) Telur

Vitamin B12 dalam telur kuning membantu tubuhmu hapuskan lemak. Tambahan, ia mengenyangkan. Jadi taklah kamu rasa nak mengudap saja.

2) Mentega Kacang

Sama ada jenis berkrim atau chunky, ia sumber magnesium yang memberi kuasa pada sel untuk mencambah tenaga secara efisyen.

3) Avokado

Ia kaya dengan bahan penapis lemak bagus dan tinggi kandungan L-carnitine, sejenis asid amino yang menjana enjin tubuh.

4) Burger Daging Batang Pinang

Diperbuat daripada 90 peratus daging tanpa lemak, ia seperti protein tulen yang memerlukan lebih tenaga untuk dicerna berbanding lemak dan karbohidrat.

5) Keju

Asid linoleik berkonjugat di dalamnya membantu tubuh membakar lemak. Pilih jenis berkrim dan masam untuk penuhi seleramu.

6) Jeruk

Jeruk timun hanya mengandungi tujuh kalori – kamu akan bakar lebih banyak tenaga mencerna sayur rangup masin ini.

7) Teh Hijau

Ia kaya dengan katekin, antioksidan yang mampu menghapuskan lemak tubuh. Tambahan, kafein memberikan sistem tubuhmu satu lonjakan metabolisme.

8) Yogurt

Jenis regular dan rendah lemak mengandungi probiotik, bakteria yang mampu mengurangkan lemak yang diserap tubuh.

9) Quinoa

Kerana tubuhmu bertungkus-lumus menghadam bijirin kaya protein ini, kamu akan bakar lebih banyak kalori.

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert