Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Makanan Dan Manfaat Untuk Perutmu

Tidak mahu perut buncit kelihatan ketika menyarungkan dres bodycon? Cosmo faham. Pilih makanan mudah dihadam yang tidak memberikan kamu angin. Cosmo kongsi makanan yang berikan manfaat untuk perutmu - paling penting, tidak membuncitkan!

 

Foto: INGimage.com

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

MAKAN MALAM YANG TIDAK MEMBUNCITKAN

Hidangan makan malam ini rendah dengan kandungan garam dan mengandungi bahan yang akan mengimbangi cecair dalam tubuh kamu.

 

AYAM HALIA BERSAMA LOBAK MERAH DAN SALAD KACANG

Perap ayam bersama satu sudu besar halia dicencang, ½ sudu besar madu dan sedikit minyak bijan. Ketepikan selama 10 minit kemudian bakar dalam ketuhar. Hiris lobak merah, daun bawang dan kacang snow peas. Tambah segenggam kacang dan tauge. Hidangkan bersama gabungan jus oren, minyak bijan dan halia cincang.

Manfaat Perut – Kebaikan halia dikenali sebagai penenang perut dan kekacang kaya dengan potassium. Hidangan ini juga rendah dengan kandungan garam.

 

ARTICHOKE SUMBAT LADA BENGGALA

Satu lada Benggala merah dipotong dua dan buangkan biji. Berus minyak dan bakar dalam ketuhar panas sehingga keemasan. Gaul setengah ulas bawang putih, 25 gram buah zaitun, beberapa tangkai oregano dan satu sudu besar pes tomato. Kemudian campurkan 70 gram tauhu dipotong dadu dan dua articok dihiris nipis. Masukkan adunan ke dalam lada Benggala yang dibakar tadi dan panaskan di dalam ketuhar untuk satu minit. Enjoy!

Manfaat Perut – Serat larut yang terkandung dalam hidangan ini melawan masalah pencernaan. Articok pula merupakan remedi buat menangani perut buncit.

 

SALAD WILD-RICE BERSAMA FENNEL

Masak ½ cawan wild rice. Hiris fennel, beruskan dengan minyak dan gril sehingga keemasan. Campur beras yang sudah dimasak tadi bersama segenggam buah zaitun, bawang merah dan parsli yang dicincang halus dan hidangkan bersama fennel. Akhiri dengan beberapa biji kacang cashews panggang, minyak zaitun dan jus oren.

Manfaat Perut – Fennel mengandungi sejenis minyak yang menenangkan otot di sistem penghadaman untuk mengempiskan perut kamu.

 

SALMON BERSAMA JINTAN PUTIH DAN BAYAM

Grill filet ikan salmon. Panaskan 1 sudu teh minyak biji anggur dalam kuali, tambah segenggam bayam dicencang dan secubit jintan putih lalu ditumis. Hidang ikan salmon bersama bayam dengan sedikit salsa tomato.

Manfaat Perut – Lemak Omega 3 yang sihat akan menjaga perut kamu. Bayam adalah sumber yang kaya dengan zat besi di mana ia membantu seimbangkan kadar cecair dan sangat bagus meredakan kembung perut akibat daripada PMS.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert