Makanan Dan Manfaat Untuk Perutmu - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Makanan Dan Manfaat Untuk Perutmu

Tidak mahu perut buncit kelihatan ketika menyarungkan dres bodycon? Cosmo faham. Pilih makanan mudah dihadam yang tidak memberikan kamu angin. Cosmo kongsi makanan yang berikan manfaat untuk perutmu – paling penting, tidak membuncitkan!

 

Foto: INGimage.com

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

SARAPAN UNTUK PERUT KEMPIS

Kejutkan pencernaan lembap dan pastikan kamu kenyang sepanjang pagi.

 

SMOOTHIE MANGGA DAN AIR KELAPA

Menggunakan pengisar, kisar 1 cawan air kelapa bersama 1 cawan yogurt probiotik semula jadi dan 1 cawan mangga masak yang dicencang. Tambahkan sedikit jus limau. Enjoy!

Manfaat Perut – Air kelapa mengandungi gula semula jadi yang senang untuk dihadam dan kandungan potassium lebih daripada minuman isotonik, membantu kamu kekal bertenaga dan mengelakkan perut buncit. Manakala yogurt mengandungi bifidobacteria (wake-up call untuk usus kamu).

 

BUBUR BERSAMA PISANG DAN BERI

50 gram oat dimasak bersama 300ml almond milk. Hidangkan bersama separuh pisang dan segenggam raspberi dan beri biru.

Manfaat Perut – Oat adalah bijirin yang tidak akan mengembungkan perut kerana ia mengandungi serat larut yang mudah dihadam. Tambahan pula, pisang dan beri kaya dengan potassium di mana ia mencegah air berlebihan.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert