Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
stress relief food

Makanan Bantu Tangani Stress

Pilih makanan ini untuk tangani stress, bukannya fast food! Makanan segera buat berat badan kamu bertambah, apatah lagi jika kamu makan kala kesedihan atau stress dengan bebanan kerja. Cosmo senaraikan makanan yang boleh bantu kurangkan stress malah baik untuk tubuh kamu. 

stress relief food

 

Sayuran Hijau Yang Segar

Lupakan cheeseburger yang menyelerakan, sebaliknya makan salad yang dipenuhi dengan sayuran hijau ketika lunch. Sayur hijau seperti bayam dan asparagus mengandungi folat yang menghasilkan dopamin, yang membantu kamu rasa tenang. Kajian antarabangsa membuktikan jika kamu menambah sayuran hijau dan buah-buahan segar dalam pola pemakanan, ia membantu kamu lebih cergas, bertenaga dan sentiasa dalam mood yang baik.

 

Oatmeal

Kamu akan berasa lapar ketika stress dan kamu akan keliru kerana terlalu penat. Disebabkan itu kamu perlu bijak memilih makanan disaat itu. Apa kata makan semangkuk oat yang dipenuhi dengan buah-buahan seperti potongan pisang dan strwaberi. Bukan saja kamu akan berasa kenyang untuk tempoh yang lama, malah oatmeal bagus untuk mengurangkan kadar tekanan darah (tekanan darah dan gula akan naik ketika kamu not in a good mood).

 

stress relief food

Blueberry

Buah ini kaya dengan antioksidan dan nutrisi yang membantu tubuh kamu melawan stress. Buah blackberry dan strawberi juga mempunyai kehebatan yang sama. Apa kata kamu campur kesemua buah ini ke dalam mangkuk dan jadikan sebagai snek waktu petang keika menonton televisyen.

 

Teh Herba

Teh seperti teh hijau, chamomile dan peppermint membantu melegakan anxiety dan tekanan. Tidak kira dihidangkan secara panas atau sejuk, teh herba lebih sedap apabila kamu gantikan gula dengan madu asli. Teh herba juga bertindak sehebat terapi di spa. Bauan teh herba juga mengaktifkan sel otak seterusnya melegakan perasaan negatif dalam diri kamu.

 

stress relief food

 

Pisang

Pisang kaya dengan kandungan dopamin yang meningkatkan mood yang baik. Diperkaya dengan vitamin B dan B6, ia meredakan rasa gemuruh kamu. Jadi kalau kamu stress selepas ini, cuba minum banana milkshake atau makan pancake pisang.

 

Foto: 123rf.com/Oleh: @curlyjow

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness