Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Makan Telur Rebus Dan Hilang 10kg Dalam Dua Minggu!

Makan Telur Rebus Dan Hilang 10kg Dalam Dua Minggu!

Trend diet yang menjadikan telur rebus sebagai menu utama semakin popular dan ia ternyata mampu menurunkan berat badan sehingga 10 kilogram dalam dua minggu sahaja!

diet telur rebus

Pertama sekali, kalau kamu bukan penggemar telur ayam, lupakan sahaja. Diet telur rebus ini dikatakan mampu meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar lemak dengan cepat. Malah jika kamu mengamalkan diet sihat selepas berhenti melakukan diet telur rebus ini, berat badan kamu tidak akan meningkat mendadak seperti sesetengah diet.

Kunci utaman ketika melakukan diet telur rebus:

Minum air kosong 8-10 gelas setiap hari
Lakukan senaman ringan setengah jam setiap pagi (hanya untuk mengeluarkan peluh)
Tidak makan makanan segera selama dua minggu
Elak minum air manis dan alkohol
Kurangkan pengambilan garam dan gula

 

Menu cadangan untuk 2 minggu:

Isnin
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal
Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang

Selasa
Sarapan:  2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: sayuran hijau dan salad ayam
Malam: sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus

Rabu
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato
Malam: Salad dan ayam panggang

Khamis
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Semangkuk buah-buahan potong (pisang, tembikai, kiwi, oren)
Malam: Salad dan ayam stim

Jumaat
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Sayur rebus dan 2 biji telur rebus
Malam: Salad dan ikan panggang

Sabtu
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Buah-buahan
Malam: Sayur dan ayam stim

Ahad
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Salad tomato, sayur stim dan ayam panggang
Malam: Sayur stim

PERINGATAN:
Dapatkan nasihat doktor dan pakar nutrisi sebelum memulakan diet ini ataupun sebarang diet. Jangan biarkan diri kamu berlapar dan jika kamu okey dengan diet ini, pastikan kesihatan kamu tidak terganggu. Berhenti jika kamu mengalami gangguan sistem penghadaman ataupun pening yang melampau.

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness