Makan Minyak Zaitun Setiap Pagi Untuk Peroleh 4 Manfaat Menakjubkan Ini - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Makan Minyak Zaitun Setiap Pagi Untuk Peroleh 4 Manfaat Menakjubkan Ini

Makan Minyak Zaitun Setiap Pagi Untuk Peroleh 4 Manfaat Menakjubkan Ini

Apa yang boleh kamu dapat daripada amalan ini? Cantik dan sihat luar dalam!

Makan Minyak Zaitun Setiap Pagi Untuk Peroleh 4 Manfaat Menakjubkan Ini

Foto: Depositphotos

1. Turun Berat Badan

Antara diet Mediterranean yang popular adalah memulakan hari dengan mengambil satu sudu minyak zaitun. Asid oleic yang terkandung di dalamnya memberikan efek lebih kenyang. Juga, penyerapan nutrisi yang perlahan membuatkan kamu rasa kenyang lebih lama.

2. Usus Sihat

Menurut satu kajian, pengambilan minyak zaitun boleh membantu menangkis kanser usu besar pada setiap peringkat. Extra virgin olive oil kaya dengan antioksidan yang membantu menyingkir radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser.

3. Kulit Lebih Cantik

Minyak zaitun bukan saja membantu menjaga dalaman tubuh, malah juga kecantikan luaran. Minyak serba guna ini boleh digunakan sebagai skrub bila digabungkan bersama gula. Jika kamu mempunyai kulit yang terlalu kering, sapu terus minyak zaitun pada kulit. Pasti kamu puas hati dengan hasilnya.

4. Mengurangan Risiko Penyakit Jantung

Lemak mono tak tepu yang terkandung di dalamnya baik untuk jantung kamu. Ia membantu meningkatkan high-density lipoprotein (HDL) yang dikenali sebagai kolesterol baik.

Artikel asal: Sakshi Dhyani (cosmopolitan.in)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor