Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Makan Kulit Telur Ayam Untuk Bekalan Kalsium Tubuh?

Kalsium adalah sumber penting paling kurang diambil! Tak suka minum susu? Cuba makan kulit telur ayam. But wait, eggshells? Really?

Sumber kalsium adalah untuk tulang dan gigi, juga penting untuk pembentukkan sel, ketahanan otot badan dan aktiviti enzim tubuh. Malah tubuh kita perlukan sumber kalsium setiap hari, dalam jumlah tertentu.

Persoalannya sekarang, kajian antarabangsa membuktikan kulit telur ayam antara sumber kalsium terbaru yang organik, murah dan antara yang terbaik. Kamu sanggup telan kulit telur ayam? Nanti dulu, baca artikel ini sehingga habis untuk ketahui bagaimana kamu boleh dapatkan sumber kalsium dari kulit telur.

Kenapa Kulit Telur Ayam Bagus?

Menurut Tech Insider, kulit telur ayam mengandungi 95% kalsium karbonat dan setiap biji kulit telur menyumbang 2 gram kalsium, cukup untuk keperluan harian.

Bagaimana Untuk Mengambilnya?

1. Jangan makan kulit telur secara mentah! Simpan kulit telur setiap kali selepas memecahkan telur. Bersihkan ia dan pastikan tiada putih telur yang tertinggal di dalamnya. Jangan bersihkan membran, kandungan jeli yang terlekat pada dalam kulit telur.

2. Tuang 5-6 cawan air ke dalam periuk yang boleh memuatkan 10-12 biji kulit telur.

3. Rebus kulit telur tersebut selama lebih kurang 10 minit atau sehingga menggelegak.

4. Tapiskan air dan biarkan kulit telur yang telah direbus tadi kering dan sejuk (keringkan selama 24 jam).

5. Keesokannya, bakar kulit telur dalam ketuhar selama 10 minit dalam suhu 200 selsius.

6. Kemudian, kisarkan menggunakan pengisar kopi sehingga menjadi serbuk halus dan simpan dalam balang kedap udara.

Serbuk kulit telur ini hanya boleh dimakan sesudu sehari dan boleh dicampur dalam adunan kek, piza, biskut, ataupun campur bersama hidangan salad. Kamu berani untuk mencuba? Terpulang…

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness