Makan Ini Jika Mahu Cantik - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Makan Ini Jika Mahu Cantik

Makan Ini Jika Mahu Cantik

Beauty really does come from the inside. Pemakanan merupakan faktor utama kepada kesihatan serta kecantikan kulit wajah, rambut dan kuku. Mahu tampil lebih cantik? Ini makanannya…
Makan Ini Jika Mahu Cantik

Foto: Shutterstock.com

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

1) PROTEIN

Kulit, rambut dan kuku sebenarnya adalah sumber daripada protein. Keratin, kolagen dan elastin menghalang kedutan dan berikan kekuatan serta keanjalan. Adakah protein benar-benar penting untuk tubuh? Jika kamu mengalami luka terbakar atau luka serius, tubuh perlukan sumber protein ekstra untuk baiki kerosakan tersebut. Disebabkan itulah atlet yang menjalani latihan berat memerlukan jumlah protein yang lebih banyak. Tapi stik dan protein shakes tidak akan membina otot lebih besar atau kulit lebih cantik. Jika kamu ambil sumber protein berlebihan, tubuh akan mengubahnya menjadi lemak dan simpannya di bahagian yang kamu tak ingini – perut, paha, lengan dan sebagainya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor