Mahu Sayur Tahan Lama Dalam Peti Sejuk? Cuba Tip Ini
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Mahu Sayur Tahan Lama Dalam Peti Sejuk? Cuba Tip Ini

Mahu Sayur Tahan Lama Dalam Peti Sejuk? Begini Caranya

Tak pasti apa yang terasa lembik dalam tempat sayur peti sejuk kamu? Ya, sudah tiba masanya untuk kamu pastikan makanan yang disimpan bertahan lebih lama. Ini yang boleh kamu lakukan dengan sayuran atau buah yang sudah terlebih ranum.
4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

SAYURAN HIJAU

BEKUKANNYA

Losing the battle with your veg drawer? Untuk bayam atau kale, basuh, buang batang besar, celur dalam air panas untuk satu ke dua minit, kemudian rendamkan ke dalam air sejuk. Perah air berlebihan, keringkan dan simpan dalam freezer bags. Bila nak guna, nyahsejuk beku sedikit sebelum kukus, sauté atau masukkan dalam ketuhar mikro.

GUNAKANNYA

Sayur yang sudah layu tidak akan kelihatan enak jika dijadikan salad, tapi tidak hilang kerangupannya jika dimasak stew. Dalam pot besar, goreng setengah kilo sosej dengan minyak zaitun pada suhu sederhana sehingga perang. Tambah bawang yang sudah dicincang dan masak selama dua minit, kemudian masukkan sayuran (seperti lobak merah, saderi atau tomato) yang sudah dipotong dan masak lima minit. Tambahkan cannellini beans dan stok ayam kemudian renehkan 15 minit. Akhir sekali, masukkan sayuran hijau dan masak selama satu minit.

BUANG!

Sebaik saja ia berlendir atau berbau.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor