Mahu Sayur Tahan Lama Dalam Peti Sejuk? Cuba Tip Ini
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Mahu Sayur Tahan Lama Dalam Peti Sejuk? Cuba Tip Ini

Mahu Sayur Tahan Lama Dalam Peti Sejuk? Begini Caranya

Tak pasti apa yang terasa lembik dalam tempat sayur peti sejuk kamu? Ya, sudah tiba masanya untuk kamu pastikan makanan yang disimpan bertahan lebih lama. Ini yang boleh kamu lakukan dengan sayuran atau buah yang sudah terlebih ranum.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

AVOKADO

BEKUKANNYA

Terpengaruh dengan label ‘perfectly ripe’ dan ‘beli dua percuma satu’? Ia sering terjadi tapi jangan risau kerana ada penyelesaiannya. Jadikan isinya sebagai puri di dalam pengisar kemudian bahagikan ke dalam freezer bag. Boleh digunakan dalam tempoh setahun sebagai dip, smoothie atau dressing.

GUNAKANNYA

Polyphenols yang terkandung dalam avokado adalah penyebab ia bertukar menjadi warna coklat. Jangan ketepikan kebaikannya – a smoothie hides the spots. Kisar avokado, yogurt asli, susu, bayam, gajus cincang, serbuk koko dan madu bersama ais. Tambah air sejuk jika perlu.

BUANG!

Jika ia bertukar warna coklat seratus peratus, berlendir atau berbau.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor