Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

M.A.C X The Mummy QA Bersama Makeup Designer, Lizzie Yianni-Georgiou

Tak sabar menantikan tayangan filem The Mummy yang menampilkan Tom Cruise dan Sofia Boutella? Watak-watak filem ini (terutamanya Princess Ahmanet) ‘dihidupkan’ dengan solekan oleh M.A.C dan Cosmo tampilkan kisah di sebalik penggambaran bersama Lizzie.

Makeup Designer, Lizzie Yianni-Georgiou

Apakah yang membuatkan kamu teruja untuk turut terlibat di dalam pembikinan filem ini? 
Saya benar-benar teruja dengan peluang untuk mereka-bentuk Mummy versi wanita. Saya peminat Universal Monsters Universe dan gembira Alex Kurtzman (pengarah kami) berminat untuk membuat semula filem asal The Mummy dari tahun 1932 ini. Saya juga suka hakikat bahawa filem ini bertukar-tukar antara dunia hari ini dan Mesir purba sambil memodenkan  watak-watak yang memberikan saya banyak skop visual.

Ini adalah versi sinematik serba baru legenda yang telah mempesonakan seluruh dunia. Bagaimana kamu menentukan hala tuju solekan untuk filem ini?
Saya mahu mencipta gaya solekan yang akan menghormati filem asal dan Mesir Purba, sambil turut memastikan penampilan segar dan menambah sisi moden aksi dan keseronokan. Saya mendapat inspirasi daripada Mesir Purba, pertunjukan fesyen, seni moden dan trend fesyen.

Filem ini disunting di lokasi yang berbeza, satu daripadanya adalah padang pasir. Bagaimanakah iklim yang berbeza memberi kesan kepada produk yang kamu gunakan setiap hari?
Sememangnya terdapat beberapa isu solekan di padang pasir. Ketika musim sejuk, kami lakukan penggambaran di Namibia, Afrika Selatan, yang bermakna angin bertiup kencang dan berpasir. Siang lebih pendek, jadi segalanya harus menepati waktu. Saya banyak menggunakan M·A·C Prep + Prime Fix + Spray untuk membantu solekan kekal segar. Kami menghadapi lebih banyak cabaran bila melakukan penggambaran dalam air. Apabila ada adegan begini, M·A·C Studio Face and Body Foundation benar-benar menjadi produk hero untuk filem ini.

 

Apakah penyelidikan yang dilakukan untuk membantu menghidupkan solekan purba watak Ahmanet?
Saya menghabiskan banyak hari menyelidik rupa puteri Ahmanet ini. Saya mengkaji dinasti, pertimbangkan pelbagai gaya, dan membangunkan satu aplikasi yang berdasarkan sejarah ini sambil memperkenalkan sentuhan moden. Saya melihat kepada fesyen Mesir Purba dan Sarcophaguses di Muzium British untuk menghasilkan semula gaya perhiasan rambut yang saya lihat di sana. Saya beralih kepada geometri serta hieroglif Mesir dan simbol yang mengilhamkan gaya rambut beliau dan lukisan pada tubuhnya. Jari tangan dan kakinya yang dicelup biru dan emas adalah daripada penutup kaki emas yang ditemui di dalam makan Tutankhamun.

 

Puteri purba itu mempunyai dua penampilan yang sangat berbeza dalam filem itu. Adakah terdapat elemen solekan tertentu yang membantu peralihan dari satu gaya ke satu gaya?

Puteri yang hidup adalah campuran wanita Mesir yang cantik dan high fashion. Gaya The Mummy pula adalah inspirasi filem seram hitam putih Universal dengan sentuhan moden. Solekan dan rambut bagi setiap satu adalah berbeza dan ia yang sangat menarik bagi saya.

 

Berapa lama masa yang diambil untuk mewujudkan solekan  watak Ahmanet? Adakah kamu menghadapi sebarang kesukaran?

Ia mengambil masa beberapa minggu persediaan termasuk mencuba idea yang berbeza dan merakam dalam kamera untuk menunjukkan kepada pengarah dan penerbit. Biasalah cabaran itu pasti ada terutamanya pada watak yang penting. Saya melakukan banyak penyelidikan dan membentangkan pelbagai idea yang berbeza kepada team. Mereka memberi respon kepada pilihan saya. Saya berusaha untuk memastikan Ahmanet cantik dan memikat sambil mengekalkan elemen royal with an edge. Saya juga mahu memberi dia wajah yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Saya mahu mewujudkan watak ikonik yang boleh berdiri dengan sendiri.

 

 

Makin tak sabar rasanya nak menonton filem The Mummy yang sudahpun mula ditayangkan di pawagam.

Puteri zaman purba yang teraniaya disangka bersemadi di makamnya jauh di bawah padang pasir telah dihidupkan semula di zaman ini, dan bersamanya dendam yang membara sekian lama serta ketakutan yang tidak tercapai dek akal manusia. Dari padang pasir yang luas di Timur Tengah melalui lorong-lorong tersembunyi di London hari ini, The Mummy membawa intensiti mengejutkan dan keajaiban serta keseronokan versi imaginatif baru di dalam dunia dewa dan raksasa.

 

Headshot Photo: Jonathan Prime/Universal Pictures
Visuals from Film Photo: Chiabella James/Universal Pictures

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru