Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Luahan Hati Waris Suspek Kebakaran Tahfiz

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Foto beramai-ramai pelajar pusat Tahfiz itu yang sempat diambil sebelum kejadian kebakaran berlaku. 

Menurut lelaki berusia 55 tahun itu, ibu kepada dua suspek berkenaan kini masih tertekan susulan penahanan dua anaknya itu dan tidak mahu bertemu dengan sesiapa setakat ini.

“Sejak dua beradik itu ditahan, ibunya hanya berkurung di rumah kerana tertekan dan tidak mampu untuk berdepan dengan jiran serta penduduk sekitar kawasan ini.

“Jangan terlalu salahkan keluarga. Ibu mana yang mahukan anaknya berbuat jahat. Namun sekiranya siasatan mendapati mereka terbabit, kami bagi pihak keluarga reda sekiranya mereka dijatuhi hukuman. Bagaimanapun, biarlah pihak polis menjalankan siasatan terlebih dahulu”.

Sementara itu, datuk kepada suspek berusia 11 tahun,meminta maaf kepada keluarga dan waris mangsa yang terbabit dalam kebakaran itu.

Dia yang berusia 55 tahun serta bapa angkat kepada suspek berusia 15 tahun berkata, dia memahami perasaan keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang namun hanya mampu mengungkapkan perkataan maaf.

“Saya minta maaf kepada keluarga mangsa atas kekejaman dilakukan anak angkat saya yang saya jaga sejak usia dua hari dan juga cucu saya yang baru berusia 11 tahun.

“Tiada ibu bapa atau ahli keluarga yang mahukan anak atau cucu berkelakuan sedemikian, saya juga sedih terbayang mayat mangsa yang ditemui dalam keadaan menyayat hati,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness