Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Luahan Hati Waris Suspek Kebakaran Tahfiz

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tiga beradik – Muhammad Syafiq Haikal Sulaiman 13 tahun, Muhammad Hafiz Iskandar Sulaiman (11) dan Muhammad Harris Ikhwan Sulaiman (10) antara 23 mangsa yang terkorban.

Waris bagi dua beradik berusia 15 dan 16 tahun yang ditahan Jumaat lalu, meluahkan permohonan maaf kepada semua keluarga mangsa, pelajar dan tenaga pengajar terhadap kejadian yang menimpa. Lelaki yang juga sepupu kepada ibu suspek, berkata, dia tidak menyangka dua anak sepupunya itu boleh terbabit dalam kejadian yang meragut 23 nyawa itu.

Dua beradik itu mungkin sedikit nakal kerana kurang tumpuan dan mahukan perhatian apatah lagi ibu dan bapa mereka telah berpisah.

“Bagaimanapun dua beradik itu tetap rajin membantu ibunya berniaga dipasar malam untuk menampung kehidupan mereka yang turut tinggal bersama dua adik perempuan mereka. Keluarga kami tidak sangka kenakalan dua beradik itu sehingga ke tahap itu,” katanya.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness